Sabtu, 18 Disember 2010

Marshal untuk Program YEG EOCM ke Summerset Rompin

salam semua...lama betul x update blog nie...asik layan forum jer...

k kengkawan....arini disebabkan aku dalam sessi cuti2 malaysia kat rumah je...ye ar...x leh nak kemana2..xyl kan dah cukup bulan dia...menunggu hari untuk orang baru je nie...nak kongsi gambar sepanjang buat Marshal untuk konvoi Exora ke Summerset Rompin....pada mula nya program ni ada 5 biji CBX....tapi last minit program....2 orang x dapat hadir...so marshall motor 3 biji, sebiji mpv polis,91 buah proton exora dan 1 biji icare dari proton....

2 CBX putih dan 1 CBX hitam

kami berkumpul di Gemencheh....bawa team SR untuk bersatu dengan team CR di Bandar Muadzam

 9m2mhg - hisham @ jebat derhaka


 eocm - orang kuat utem nie...bang K.E

 berhenti kat hentian keratong 2...bukan apa..sepanjang jalan dari melaka sampai ke rompin hujan x henti2...yang ni pulak berhenti disebabkan ada tanker terbalik dan menyebabkan semua tayar jadi licin...nasib baik 9w2tol x tergolek...disebabkan kelicinan tayar dia....

lepak2....motor dan kereta dan penuh dengan diesel yang tumpah tu....kene rehat..ni pon disebabkan pihak jpj dah sarankan supaya rehat sekejap....lupa nak bagitau...kat sini ada pihak jpj yang join kitorang...2 biji pajero...sebenarnya x sengaja....dorang datang pon sebab mintak kite slow kan konvoi.....sebab ada mpv luar yang dah termasuk parit selepas langgar minyak diesel dari tanker yang terbalik tu..

 9m2mhg..penat agaknye...hehehe

gambar ada takat nie je ...hehehe....yang ni pabila dah sampai kat bandar muadzam...CP2...untuk semua ahli konvoi...kitorang menunggu konvoi dari CR yang dikepalai oleh 9w2mey....bila dorang sampai je kitorang teruskan perjalanan ke Summerset Rompin...lead by MPV PDRM....

apapun memang best walaupon hujan sepanjang perjalanan....TQVM semua yang hadir...

kepada owner proton exora yang nak jadi ahli EOCM meh daftar kat sini
http://protonexora.com.my


Rabu, 24 November 2010

Sabtu, 6 November 2010

14 hb Ni...adik aku tunang...

Assalamualaikum...

akhirnyer....adik aku dipinang orang...sedey la jugak...aku adik beradik 3 orang...abang dah meninggal tahun 96 dulu..kini tinggal aku dengan adik sorang nie je....

tapi apapon aku doakan mereka kekal dan x gaduh2 untuk sampai ke hari pernikahan...

semoga bahagia adikku....

Jumaat, 5 November 2010

Pilihan raya kecil.....Batu Sapi, Galas milik BN

Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS.
Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.
Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.
Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.
Meskipun kemenangan Tsen bukan sesuatu yang memeranjatkan, tetapi dakwaan PKR bahawa ia mampu memberi saingan lebih baik berbanding SAPP ternyata betul.

Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.
PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.
Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.
Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.
Kemenangan BN itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.
Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.
Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.
Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.

Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.

Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh.

Khamis, 4 November 2010

Keistimewaan Hari jumaat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita mengetahui hari sabtu merupakan hari agung bagi kaum yahudi dan hari ahad merupakan hari pergi gereja bagi mereka yang beragama kristian.

Tidakkah kita bangga kerana hari jumaat merupakan hari yang sangat istimewa kerana hari Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu’ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.
 
“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)

Peristiwa hari jumaat.

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:

1. Penciptaan Adam.

2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.

3. Pada hari itu juga, dia wafat.

4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.

5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.

HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Menurut Imam Sayuti antaranya ;

1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul

2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.

3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.

4. Api neraka tidak menyala.

5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.

Kelonggaran Untuk Solat Sunat Pada Waktu Larangan Hari Jumaat

Setiap Hari Ada 3 Waktu Yang Dilarang Untuk Bersolat :

1. Selepas solat fardhu Subuh sehingga matahari naik (setinggi satu anak panah)

2. Ketika matahari benar2 tegak berada di atas kepala sebelum tergelincir (~10-15min sebelum masuk waktu Zohor)

3. Selepas solat Asar sehingga masuk waktu solat Maghrib

Penjelasan: Iaitu waktu larangan (Jumaat) di waktu tengahari (no. 2) diberi kelonggaran dan tidak lagi menjadi tegahan bagi siapa yang datang awal ke masjid untuk solat dan terus bersolat dan memperbanyakkan munajatnya untuk mendapat keredaan Allah sehinggalah apabila Khatib keluar dan naik ke atas mimbar.

Hadis Nabi SAW

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakaiminyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah; Maka orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepadaJumaat yang akan datang.
-” (Riwayat Imam Bukhari)

“Adalah Nabi SAW itu menegah kami daripada solat pada pertengahan waktu tengahari (maksudnya ketika matahari tegak berada di atas kepala) kecuali pada hari Jumaat.”
(Riwayat Abi Dawud dari Sahabat Abu Qatadah ra)

Penutup.

Kita perlu sedia maklum yang dimaksudkan disini ialah hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang cukup besar dalam Islam. Selamat beramal semua.

Selasa, 2 November 2010

Ibu kepada 9W2ODI ( xyl 9W2LXN - Lan Melaka ) telah kembali kerahmatullah

Assalamualaikum ...

Dimaklumkan kepada semua...ibu kepada 9w2odi ...mertua 9w2lxn - hj azlan melaka telah meniggal dunia dan jenazah kini berada di Taman Seri Wangi,Kg Tok Akil,Ketereh,Kelantan...jenazah akan dikebumikan pada hari ini 2/11/2010 sebelom solat zuhur...

marila sama-sama kite seedkahkan alfatihah untuk jenazah..alfatihah...

9w2lxn-hj azlan = 0196275010

Isnin, 1 November 2010

hari ni aku mc...demam...

assalamualaikum...

seronok nyer pasal ajak anak dan isteri main layang2....aku pon terus demam bila sampai rumah..pergi kerja pon x seronok..batuk x henti2 bila kene aircond...nasib baik la kawan yang kerja petang tu x balik lagi....minta dia sambung...jap lagi nak pergi klinik ambil ubat dan ambil sijil sakit...

k kawan2...mana2 yang demam macam saya ni cepat2 la pergi klinik yer...rajin2 makan ubat..dan mana yang sihat tu jaga la kesihatan...k...nak log off dah...nak siap2 pergi klinik lak...nak man di ke x ni erk..hehe..

Ahad, 31 Oktober 2010

Peranan raja melayu yang x harus dipertikai kan... Raja Melayu pandang berat trend politik

Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

"Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

"Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Okt lepas memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan itu memandang serius kewujudan jumlah jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara.

Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, titah Raja-raja Melayu.

"Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara," menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.

"Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu," menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika para pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.

"Raja-Raja Melayu berdoa agar Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera.

"Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala," menurut kenyataan itu.

Akhirnya....KELANTAN menjuarai piala malaysia 2010

kelantan 2 - negeri sembilan 1
(Kelantan 2 (Hairuddin Omar, Badri Radzi) vs Negeri Sembilan 1 (Shahruain) penalti)

semangat kesukanan yang tinggi telah membawa kelantan menjuarai piala malaysia setelah sekian lama tidak memegang piala itu.....tahniah sekali lagi....

majulah sukan untuk negara...

Rabu, 27 Oktober 2010

Raja kungfu...Wong fei hong

assalamualaikum...

mungkin ramai yang kenal wong fei hong...alah...yang terer kungfu tu......tapi tau ke siapa dia dan kenal ke muka dia...harini aku nak kenal kan korang semua pada wong fei hong... sedikit sejarah dan cerita berkenaan wong fei hong...

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Jumaat, 22 Oktober 2010

sedikit kata dua....cuba baca dan fahami...ada x bende ni pada diri kite...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN!

Ahad, 17 Oktober 2010

Rakan baru Honda CBX 750P ..... Ustaz Nadzri.....

Assalamualaikum....

Akhirnya dapat juga aku jumpa dengan Ustaz Nadzri...korang kenal x...yang badan besar kat sebelah aku tu..pakai baju putih...lama juga asik main call n mesg....semua pasal satu hobi yang sama....menunggang Honda CBX 750P....tadi sempat la jugak jumpa dengan Uncle dan Bang Isman...9w2CCC kat Puchong....kena racun terbeli la jugak Boot Polis Trafik tu..hehhe....

apapun 31 hb nie kalau x de aral melintang satu konvoi CBX akan ke Kuala Pilah....atas jemputan rasmi dari Ustaz NAzri...adik dia kahwin....adik ke dia yang kawin agaknyer....

tunggu la kami kat sana nanti..heheheh...

Sabtu, 16 Oktober 2010

Memperkenalkan blog baru kepunyaan XYL kite..hehehe....coret sana coret sini....

Assalamualaikum...

Harini saya nak memperkenalkan barisan blog baru....heheh...x la berbaris panjang...satu je...blog hasil dari kepenatan jari XYL.... 9w2wxn  kalau ada kelapangan dan ketiadaan pekerjaan boleh ar melawat kat blog XYL kite tu yer....meramaikan majlis jer...heheh...bukan apa....sebab dia kata dia nak jadi penulis blog pulak...dah ada internet kat rumah ni senang skit....macam2 ada....x de la bosan sangat....x lama lagi dah nak tambah seorang lagi ahli dalam keluarga saya nie...doa kan kami yer....

k semua....

http://9w2wxn.blogspot.com/

Isnin, 11 Oktober 2010

RAE datang lagi ... siri 4/2010

Assalamualaikum rakan2 ku....

RAE datang lagi .....ada x rakan SWAL nak amik exam untuk hujung tahun nie...SKMM dan keluarkan memo untuk RAE siri 4/2010....

Tarikh/Masa Peperiksaan:  22 Disember 2010 / Jam 2:00 Petang
Tempat Peperiksaan:  Wilayah Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak
Tarikh permohonan dibuka:  11 Okt 2010
Tarikh Tutup permohonan:  29 Okt 2010, Jam 5:00 ptg

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan- pautan berikut:


Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke empat bagi tahun 2010
Borang Permohonan Peperiksaan RAE


http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=760

jangan ada yang terlambat hantar borang lagi....mana2 yang x komfom lulus siri 3/2010 tu pun boleh isi lagi borang nie..hehhe...

Khamis, 7 Oktober 2010

RAE datang lagi....03/2010

Assalamualaikum...



RAE datang lagi...kali ni V32 Bukit Rambai menghantar lebih dari 5 orang wakil....harap2 semua nye lulus....atas ni gamber persediaan RAE ... cikgu jin yang ajar....9W2MLW....




ni gambar selepas selesai RAE...bersama 9M2YRS....
harap2 kali nie ramai la yang lulus....
AMINNNNN

Isnin, 4 Oktober 2010

Strobe Light CBX yang baru diubah suai..



Assalamualaikum...
minggu ni aku x de kerja sangat nak buat kat rumah....motor pon lama dah x gerak..asik panas enjin sampai kan ada bunyik pelik kat block head tu....dah tanye pak cik yang kerja pomen kat Mok Motor dan Uncle presiden CBX Malaysia....xde apa yang perlu dibimbangkan..heheh...tukar kan aje minyak itam katanya...amik yang halus skit....
sebelum ni strobe tu kan kaler merah...hari sabtu haritu jenjalan kat area bandar melaka dapat la aku satu lampu yang sama tapi cover dia kaler putih..nampak cantik,tu yang beli...cuba pasang kat yang ada sekarang nie...ngam lak...terus la melekat kat motor tu...cuma mentol dalam tu jer tukar kan kaler biru...so maknanya cover kaler putih dan mentol dalam kaler biru...terang ....lagi terang dari asal PDRM pakai sekarang nie...
so lepas ni tunggu siren baru je ...siren lama nak jual...saper nak calling2 ar....harga boleh runding..
k semua..nanti kite sambung...

harini aku online kat umah je...hehehe...dengan streamyx...

assalamualaikum semua...

akhir nya dapat gak aku online kat umah selepas berbulan apply streamyx....dari bulan 6 apply baru semalam dorang datang pasang ... tu pon kene minta orang dalam buat kerja...apsal lambat aku pon x tau....memang orang tm ni wat kerja lambat atau apa erk....dorang pilih kasih agaknyer...kalau sedara mara yang tolong memang cepat...x sampai seminggu ...tu pon borang x kasi....main call jer....kalau x de sedara mara dalam tm nie...hampeh...berjanggut tunggu....lepasni kepada kengkawan yang jadi cam aku nie....korang carik la orang dalam yang boleh tolong....

k..lepas ni dah boleh online selalu selagi bil aku ni dibayar....heehe...selamat hari raya...mana2 yang nak jemput open house tu bagitau awal2....senang nak plan...tinggal 2,3 hari lagi ramadhan nie...tahun ni rehat, x buat open house...xyl x larat....berbadan 2 nie....

Sabtu, 28 Ogos 2010

Al-Kisah pada 26 Ogos 2010........

Sedar atau tidak....budak yg bernama Khairil Haqimi ni dah pun genap umurnya 3 tahun pada Khamis lalu..... ( hrmmm.....kejap je dah besar anak aku ni ha ...)

" Papa..abg mimi nak kek 'apangbob' ( Spongebob )....."


Disebabkan bday Qimie ni jatuh pada hari pose....so kitaorg  decide  wat lepas buka pose jer.Alah...wat majlis kecik-kecik je kat umah nenek...jemput sepupu2 sebelah umah...buka pose sesamer then potong kek....
Qimie memang excited masa nampak kek tu....x sabar dia nak potong kek...tapi yang kelakarnya bila lilin dah pasang and lagu  happy birthday dah nyanyi....'emosi' Qimie mula berubah....

" mama....napa semua nyanyi ni?...napa semua pandang abg?...abg mimi xnak tiup lilin la....."


La......rupanyer bila orang dah nyanyi and semua pandang dia...dia dah mula malu.Muka pun dah lain macam nak nangis.Langsung xnak senyum depan kamera.Puas jugak pujuk supaya tiup lilin tu...dengan muka yang mencuka...dia buat dek je kat kek....Last-last mama yang tiup lilin tu.....adess...macam-macam perangai si kecik ni......





Mood Qimie dah mula ok bila nampak kek dipotong......Nyum...Nyum......


Lagi.....




Mulai jatuh dari tempat tidur, belajar berjalan, naik baby walker, jalan jalan pagi bersama mama dan petang naik motor bersama papa...tawamu menjadi penyeri hidup kami.Tangis dan kenakalanmu mematangkan kami. Tak terasa hari baru telah tiba..... hari berganti selalu.Selamat hari jadi Qimie, semoga Allah swt berkati dan rahmati hidupmu....aminnn....

Sabtu, 21 Ogos 2010

Tips Di Bulan Ramadhan



A) TIPS BERBUKA PUASA

1. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.

2. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :

a. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijiin.
b. Buah-buahan dan sayur-sayuran
c. Ikan, ayam, daging dan kekacang
d. Susu dan produk tenusu
e. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam

3. Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

4. Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

5. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yoghurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu. Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.

6. Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayursayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

B) TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA

1. Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:

• Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

• Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.

• Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

• Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.

• Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

C) TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA

1. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

• Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.

• Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.

• Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.

• Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.

D) TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA

1) Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat
menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.

• Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.

• Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.

• Kurangkan makanan tinggi gula.

• Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.

• Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.

• Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

E) TIPS MEMBELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN

Memang tidak dinafikan, di bulan puasa pasar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan. Di sini anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk juadah berbuka puasa. Bayangkan dalam keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. Ini boleh menyebabkan anda rambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau amalan makan secara sihat senang saja diketepikan pada saat itu. Sebagai panduan, pastikan anda membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk di beli. Senarai makanan ini boleh mengelakkan kita daripada membeli makanan yang tidak diperlukan. Buatlah pilihan yang lebih sihat semasa membeli juadah berbuka puasa. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun menggunakan minyak secara minima. Kurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di rumah. Ini membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut.

F) TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN DI BULAN PUASA

1. Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah bersederhana semasa menghidang juadah terutamanya ketika berbuka puasa. Sudah tentulah sukar untuk mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah daripada pelbagai jenis sudah ada di depan mata. Oleh itu, kita harus mengambil peluang di bulan puasa ini untuk berjimat cermat khususnya bagi perbelanjaan ke atas makanan. Rancang dan hidangkan makanan untuk berbuka pada kadar yang berpatutan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari bahan semula jadi seperti daun pandan. limau nipis dan serai. Elakkan penggunaan gula berlebihan, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Selain daripada itu, anda juga harus ingat tujuan berpuasa adalah untuk mendapatkan pahala dan keberkatan. Oleh itu, elakkan pembaziran di bulan puasa kerana ini boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri.

G) TIPS MENYEDIAKAN HIDANGAN SIHAT UNTUK BERBUKA PUASA

1. Laungan azan maghrib adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa. Sudah tentulah, pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa. Bagi sesetengah keluarga, mereka lebih menggemari masakan yang disediakan di rumah berbanding yang di beli di pasar Ramadhan. Sudah tentulah masakan yang disediakan di rumah oleh ibu akan lebih menyelerakan. Tambahan pula, bagi anak-anak, inilah masanya mereka boleh meminta si ibu memasakkan apa saja makanan kegemaran mereka untuk santapan berbuka puasa. Namun begitu, sebagai ibu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sihat untuk keluarga. Gunakanlah panduan berikut bagi menyediakan hidangan sihat untuk berbuka puasa.

• Rancanglah menu dengan mengambil kira 5 kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula.

• Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan makanan yang dijeruk atau diawet.

• Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.

• Pelbagaikan kaedah masakan dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.

H) TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT DI BULAN PUASA

1. Kesesuaian makanan yang mengandungi tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti atau biskut wholemeal dan kekacang kurang diambil di bulan puasa. Ini kerana, makanan ini biasanya kurang mendapat perhatian kita jika dibandingkan dengan makanan-makanan lain yang dijual di pasar Ramadhan. Namun begitu, pengambilan serat adalah penting untuk mencegah masalah sembelit terutamanya di bulan puasa. Sayur juga boleh membari rasa kenyang dan boleh membantu mengawal berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan sebagai hidangan yang berkhasiat di bulan puasa. Berikut adalah panduan untuk meningkatkan pengambilan serat di bulan puasa.

• Ketika berbuka puasa, makan 3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah tanpa gula, 1 mangkuk sup sayur campur serta 1 atau 2 keping roti tinggi serat.

• Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.

• Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.

• Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.

• Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.

I) TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN AIR DI BULAN PUASA

1. Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil 6-8 gelas air sehari. Air adalah penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun begitu, kita juga boleh mengambil air dalam bentuk jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Bagi berbuka puasa, adalah digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya. Selain daripada minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah-buahan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air:

• Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.

• Makan satu mangkuk sup sewaktu berbuka.

• Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.

• Minum 2 gelas air sewaktu bersahur

J) TIPS MENYEDIAKAN MAKANAN SEWAKTU BERSAHUR

1. Kebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan dihidangkan sebagai hidangan untuk bersahur. Amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyenangkan kaum ibu yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur. Ini boleh dilakukan sekiranya makanan tersebut disimpan dengan cara yang betul dan selamat. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya kita menyediakan makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini kerana, sekiranya lebih makanan sewaktu berbuka dihidang, dikhuatiri ia telah tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan. Makanan yang telah terdedah di suhu bilik melebihi 4 jam adalah tidak selamat untuk dimakan. Tambahan pula, menggoreng semula makanan akan menyebabkan tambahan kalori kerana penggunaan
minyak yang berulang. Makanan untuk bersahur tidak perlu terlalu rumit untuk disediakan. Makanan seperti sandwic, bubur nasi, oat, bijirin sarapan pagi, roti bersalut telur, makaroni goreng, spageti, buah-buahan serta sup seperti sup sayur ataupun sup bebola ikan yang ringkas boleh dijadikan hidangan bersahur yang sihat. Selain daripada itu, pastikan juga buah-buahan dihidangkan sewaktu bersahur. Bagi minuman pula, lebihkan pengambilan air kosong dan kurangkan penggunaan gula atau susu pekat manis. Pengambilan teh dan kopi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan melalui air kencing.

K) TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SEWAKTU BERSAHUR

1. Amalan berpuasa bagi anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sesetengah anak-anak begitu teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun begitu, apa yang menjadi masalah adalah apabila bangun bersahur. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak memang susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Ada juga anak-anak yang susah untuk makan kerana biasanya mereka kurang berselera untuk makan di waktu pagi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tip berikut boleh dijadikan panduan:

• Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.

• Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu apa yang anak-anak anda ingin makan sewaktu bersahur.

• Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang sama setiap hari.

• Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.

• Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.

• Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.

L) TIPS BERSAHUR BAGI ORANG BUJANG

1. Bagi orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum tidur. Kebanyakan daripada mereka suka mengambil makanan lewat malam sebelum tidur sebagai makanan untuk bersahur. Makanan seperti burger, nasi goreng dan mee segera sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan mudah didapati. Kebanyakan orang bujang juga susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Oleh itu makanan yang diambil sebelum tidur akan dianggap sebagai sahur. Walau bagaimanapun, makanan ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya. Waktu sahur yang paling baik adalah sekurang-kurangnya ½ jam sebelum waktu imsak. Oleh itu, jika boleh pastikan anda bangun sahur di awal pagi. Ini kerana,. Bersahur di awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Anda boleh mengambil makanan ringkas seperti roti, sandwic, ban, oats, telur rebus, bijirin sarapan pagi ataupun buah-buahan sewaktu bersahur. Jika terlalu malas untuk memasak dan ingin makan mi segera pastikan mi tersebut ditambah dengan sumber
protein seperti telur atau ikan bilis dan sayur-sayuran seperti sawi atau kobis. Pastikan anda mengambil air yang mencukupi untuk mengelakkan kekeringan.

Rabu, 11 Ogos 2010

APR JOTA 2010 NS @ PD 6-8 Aug 2010 / 9M4CPD / 9M4SJN

Salam semua....hari tu jadi petugas kat JOTA di N9....menggunakan callsign 9M4SJN....ni sedikit gambar untuk di lihat....


ni gambar baru je sampai ke rumah 9m2PD....
gadjet yang digunakan ....
 orang lama...heheh...x tau la kalau x kenal...
Gadjet APRS yang di ajar untuk anak pengakap...
majlis penyampaian sijil....
acara bergambar dan turun antena....semuanya dilakukan oleh anak pengakap kite secara bergotong royong...

ni la orang yang sibuk menjayakan program sepanjang JOTA....9w2PD