Selasa, 26 Mei 2009

Rakan yang di kenali masa di cameron


Assalamualaikum....

airtu masa jenjalan kat cameron highland....jumpa la rakan kite nie....9W2OTW...asal usul orang Perak...V20...jumpa kat sini...heheh...salam kenal di daratan.....

jalan - jalan cari makan...cameron highland sabtu yang lepas....23 mei 2009



















terjual ar sudah keter nie....pOOh...


maka terjual ar keter pooh nie..lupa lak nak amik gambar penuh aaritu..hehe....aparaaaa......tapi keter nie memang dah jual...

Rabu, 6 Mei 2009

..Pertemuan rakan baru di SEGAMAT....rakan KPFM














assalamualaikum semua...

minggu lepas pada hari sabtu 2 hari bulan mei 2009 aku gie jenjalan kat segamat...point sebenar nak ke jackel....(betul ke x perkataan jackel ni) pergi beli kain untuk wat baju raya tahun nie...pergi dengan XYL,harmonik,fundementel.....dah siap pergi beli belah tu dengan x sengaja nye masuk la aku kat padang depan jackel tu....dataran apa ntah nama dia...x QSL la aku...jumpa satu stall,heheh...korang nak tau apa aku jumpa...ni ar...tengok gambar2 nie...radio amatur KPFM segamat...aku jumpa la rakan2 kat sana....dari otai2 sampai la swl....sume baik2 belaka...ramah mesra betul dorang ...tu la kalau dah jadi rakan ham....mana je pergi dapat rakan kan....menarik... ramai gak kenalan baru aku....heheh...malam tu masa nak balik ke Bera Selatan 5 aku QSO dengan Pak wahab dan Rizal....TQ kepada rakan Segamat.....anda memang baik ....kalau datang melaka calling2 je...ok semua 73 Cario.

Isnin, 4 Mei 2009

...orang kate nie kereta Produa MPV...D46T .. november ini 2009 1.5cc vvti RM60k ~ 65k...x tau la pulak betul ke tidak nye...








menarik gak tengok,...cuma nampak kecik skit je...

hmmm....menarik isu nie...aku suke....biar padan muke sume sebab x leh lari dari polis lagi...





Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.

Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM.

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).

Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.

Bagi memantapkan lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.





Jumaat, 1 Mei 2009

....cukai...cukai...cukai....

Assalamualaikum semua....

tiap tahun bayar cukai kan....x best je...hehehe...cam kedekot lak aku nie...hmmm....senang ati sebab dah settle wat e filing....arini lak tu buat....semalam nak buat x sempat sebab website LHDN x dapat bukak...server penuh....arini server ok sebab mungkin aku sorang je yang wat bukan last minute tapi terlajak dari tarikh yang telah ditetapkan...macam tahun2 lepas jugak la...x pernah yang ikut tarikh yang dia bagi pun....xpe..yang penting kite declare kan....korang lak camane....x kan x declare kot.....jangan sampai masa nak pencen nanti merana....heheh...ni pun sume dari orang lama2 gak....sebab pernah tengok otai yang x pernah bukak akaun LHDN time nak bersara habis duit dia dan siap berhutang lak tu dengan LHDN....sume gara2 x bukak akaun dari mula kerja...siap kene penalti lak tu....hmm...kesian...yang penting aku buat....ok cario....jumpa dan jumpa lagi