Isnin, 31 Ogos 2009

Secebis cerita mengenai kemerdekaan MALAYSIA

Peristiwa Falak - Detik Kemerdekaan Malaysia

SEBELUM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim (gambar di atas), Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).
Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.

Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.

Pada 16 September 1963; Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah (dikenali dengan Borneo Utara) telah bersetuju untuk membentuk negara Malaysia. Brunei, yang turut menyatakan hasrat untuk menyertai persekutuan Malaysia telah membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir. Namun, tidak ramai di antara kita yang menyedari rahsia di sebaliknya apabila permasyhuran Malaysia pada hari itu telah dimeterai oleh peristiwa falak seumpama "mata rantai yang mengikat antara keduanya". Banda raya Kuala Lumpur turut diisytiharkan sebagai ibu kota negara Malaysia dengan lokasinya yang berada di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang

Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.

Tugu Negara simbol perjuangan kemerdekaan Malaysia

Merdeka !  dan al fatihah kepada para pejuang negara yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman musuh yang mahu menggugat kedamaian dan keharmonian negara Islam ulung di dunia ini.
Kesenangan yang ada adalah hasil keperitan generasi datuk nenek kita.
Orang Malaysia tidak sama dengan orang Melayu yang Islam dan Melayu tiada agama atau menggunakan agama untuk pilihanraya  !!!

tambahan :
” Yang penting, patung di atas hanya tugu peringatan bukan patung berhala seperti sesetengah golongan sempit akal fikirannya yang mengharamkan benda seperti di atas tanpa nas yang sah di sisi agama.”


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Sumber : Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004

Sabtu, 29 Ogos 2009

...sambutan hari lahir qimie yang ke 2 tahun...

assalamualaikum...pada 25hb hari tu kami buat majlis sambutan hari lahir untuk Qimie yang ke 2 tahun....majlis ni kami buat pada sebelah malam...iaitu selepas solat terawih...kire buat dengan moreh sekali la..join dengan mertua nye moreh...seronok...buat dekat surau bera selatan 5/7....berikut adalah sedikit gambar untuk tatapan...



persiapan untuk majlis...sedikit gambar dari persiapan majlis...qimie kejar saya sebenarnya tu...nak kan kamera yang saya pegang...heheh..last2 dapat gak....





sempat lagi posing tu...hehehhe....



yang ni lak...x tau pose apa...hehehe



gelagat si kecik....eheheh....suke posing...ni baru skit nie...



ni mak mertua saya...belakang tu bapa mertua...kalau pergi ke daerah melati atau bera selatan 5/7 tu tanye je naziri...sume orang kenal...



...sebelum potong kek...



kaum ibu...ehehhe...berebut belon la pulak...






sebahagian gambar majlis sedang berjalan....ramai juga jemaah kat sini...ni sume jemaah yang ada kat bera selatan 5 dan 7...dorang campur sekali nie....duduk satu surau....



suke nya dia...tu dengan paksu dia .... paksu dia la yang dok ikut kemana je qimie pergi....ilang je dari pandangan paksu dia la yang kene marah dengan mertua...ehheh



qimie dengan mak uda dia...penat melayan dia si kecik ni...



korang tengok la...bapa mertua saya ni...hehehe...suke budak2 dia nie....nampak x tu...tengah dok sibuk layan karenah kanak2 yang nak belon...heheheh...



qimie yang kepenatan...penat gile dia masa nie...

seronok je semua....alhamdulillah...majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul....terima kasih kepada keluarga mertua yang sanggup melayan karenah cucu dia yang mula nakal nie........

qimie ... selamat hari lahir yang kedua dari papa dan mama...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...jangan nakal2...dengar cakap papa n mama selalu...

manusia, malaikat dan syaitan

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .


Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali...rugila. (kalau sempatla)

...madah berhelah....

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.......
kata ayah, KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir.....
kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana ....
kate sedare, KAWAN tu macam makanan, kawan makan kawan!!
kata abang, KAWAN tu seperti pets mengikut saje ape dikata........
kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tapi sedap dimakan....
kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde.......
kata sayalak, KAWAN tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI PETS, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia tetap kawan saya... itu cara saya berkawan..!!


Sekian untuk kali ini.....hayati lah bersama...

Sabtu, 22 Ogos 2009

..2,3 hari ni hati ni sayu je..


Assalamualaikum...

tak tau nak cakap kenapa tapi ini la rasanya hati ni...sayu je...tahun ni adalah tahun pertama beraya tanpa ayah...sebab awal tahun (2.1.2009) ayah telah pergi untuk selama2nya...sudah ketentuan ilahi..ayah telah pergi meninggalkan kami..dapat dirasakan tahun ni mak memang rasa tertekan sikit sebab sekarang ni dia senyap je...asik termenung je...mungkin dia ingatkan arwah ayah...sekarang ni anak saya si Qimie la yang dok meriahkan suasana.

masih tergiang2 lagi di telinga ni bila masa ambil gambar antara mak dengan ayah yang dekat atas tu (1 bulan sebelum ayah meninggal) ayah cakap "ambil la gambar ayah dengan mak buat kenangan,ambil la lebih sikit lepas ni dah tak datang sini lagi"...

mungkin ada rakan lain dah menempuhi situasi ini...

Al-Fatehah untuk arwah ayah ku yang paling di sayangi...ayah is the best father in the world...

Ini dia doa harian di bulan Ramadhan mulai dari hari pertama bulan Ramadhan sampai ke akhir

Doa hari – 1

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidunya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku … Wahai Tuhan sekalian alam!!
Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa hari – 2

Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada kerido'an-MU dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih!!

Doa hari – 3

Yaa Allah! Benikanlah aku rizki, akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa hari – 4

Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan-MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat.

Doa hari – 5

Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa hari – 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Doa hari – 7

Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq-MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-onang yang sesat.

Doa hari – 8

Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa kasih sayang tenhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-onang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap.

Doa hari – 9

Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebagian dri rahmat-MU yang luas, dan beriknalah aku petunjuik kepada ajaran-ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.

Doa hari – 10

Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MIU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Doa hari – 11

Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diniku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diniku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Doa hari – 12

Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diniku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.

Doa hari – 13

Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menenima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.

Doa hari – 14

Yaa Allah! Janganlah.Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala’ dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin.

Doa hari – 15

Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Doa hari – 16

Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.

Doa hari – 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam. Sholawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci.

Doa hari – 18

Yaa Allah! Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Doa hari – 19

Yaa Allah! Penuhilah bagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari ketertedmaan kebaikan- kebaikannya, Wahai Pembed petunjuk kepada kebenaran yang terang.

Doa hari – 20

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu sorga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu’min.

Doa hari – 21

Yaa Allah! benilah aku petunjuk menuju kepada kenidloan- MU. Dan janganlah Engkau bed jalan kepada setan untuk menguasaiku. Jadikanlah sorga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh kepenluan orang- orang yang meminta.

Doa hari – 22

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu karunia-MU, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keridloan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam sorga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa hari – 23

Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan onang-orang yang berdosa.

Doa hari – 24

Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keridloan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindani kemaksiatan tenhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Doa hari – 25

Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.

Doa hari – 26

Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa hari – 27

Yaa Allah! Rizkikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang sholeh.

Doa hari – 28

Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa hari – 29

Yaa Allah! Liputilah aku dengan rabmat dan benikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamb- hambaNYA yang Mu’min.

Doa hari – 30

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keridloan-MU dan keridloan Rasul. Cabang-cabangnya kokoh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Mohammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Mudah-mudahan dengan kita memperbanyak membaca doa, bulan Ramadhan ini menjadi berkah untuk kita semua. Amin… :-)

Doa di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum...

Hari ni bersamaan 1 Ramadhan bermulala umat islam di Malaysia berpuasa..Marila kite memperbanyakkan doa dan amalan2 yang mulia...kurang kan la bercakap...menaip xpe...tapi kalau boleh biarla perkara yang kite tulis ni tidak menyakitkan hati pembaca...

Doa dan bacaan yang harus diperbanyak

di bulan Ramadhan sebagaimana Pesan dalam Khutbah Nabi saw.:

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Bacaan Syahadah:

أَشْهَدُ أَنْ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

“Aku bersaksi, bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah, selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad utusan Allah.”

2- Doa Istighfar (minta ampunan):

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Aku memohon ampunan kepada Allah yang Maha Agung, dan kepada-Nyalah aku bertaubat.”

3- Doa meminta ridha dan surga Allah, berlindung dari murka dan neraka-Nya:

الَلَّهُمَّ إِناَّ نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ

“Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ridha dan surga-Mu, dan berlindung kepada-Mu dari murka dan neraka-Mu.”

SELAMAT BERBUKA UNTUK 1 RAMADHAN ini...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat menyambut bulan ramadhan al mubaraq dan selamat berpuasa...jadikan tahun in lebih baik dari tahun lepas


Syukur Alhamdullilah, bulan Ramadhan tiba dalam beberapa hari lagi.

Sukarelawan Jemaah Iqra' ingin mengucapkan kepada semua umat Islam diseluruh dunia "Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga setiap amalan yang dikerjakan oleh muslimin & muslimat pada bulan yang mulia ini diberi Tuhan ganjaran yang berlipat ganda, insyaAllah.

Firman Allah dalam Suran Al Baqarah, ayat 184 yang terjemahannya bermaksud, "(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

Call Sign dan rakan baru yang telah daftar di skmm...

Assalamualaikum...

Mulai harini blog title saya ni akan bertukar...dah ada 2 call sign...betul x...betul ar tu..heheh...bukan apa, ni pun sebab XYL dah lulus exam dan dah dapat AA dari SKMM petang semalam...suke je dia petang semalam...handy pun dah dapat....pasni kalau x memancar gak x tau ar..hehhe...ok la...

SELAMAT MEMANCAR KEPADA RAKAN BARU..IKUTLA SOP YANG DITETAPKAN

Sabtu, 15 Ogos 2009

Ala-ala kuda putih

assalamualaikum...

saje-saje je ni...disebab saya x de keje nak buat...ni saya nak bagi info kat kengkawan HAM yang bermotosikal....boleh je QSO masa bawa motor.....ala-ala polis trafik la katakan...bercakap guna radio masa bawak motor...cube korang tengok kat website yang saya bagi ni...dia bagi info lengkap tau...cable boleh sambung rg58 n pasang terus antena quarter wave, x caya korang tengok sendiri...check out...

http://www.brenorbrophy.com/HG/head_set_ptt.htm

saya belum nak buat lagi sebab belum gile PTT la orang kata....heheh..

Sabtu, 8 Ogos 2009

tembak tembak tembak .....hehehe.....



Assalamualaikum semua...hari nie 7hb ogos 2009...pagi2 buta lagi aku dah kejut isteri yang aku sayang...heheh...bagi dia bangun ..tu sume sebab aku nak kene pergi wat latihan menembak kat IPK Bukit Beruang Melaka...lepas hantar anak aku kat rumah mak terus pergi amik MHG-Bang sham...korang tengok la aksi2 kitorang kat padang tembak...sakit telinga woooo....



hehe...korang tengok la semangat juang kitorang nie...pagi2 bute dah ada kat depan IPK melaka Bukit Beruang ni....posing baik nye nie



ni la senjata yang kitorang guna untuk latihan menembak...walther made in german...ringan gila senjata nie...sebab biasa nye kitorang guna jabatan nye pistol...Glock...disebab masalah teknikal x dapat la guna glock..guna je yang PDRM sediakan...mahal gak sewaan dan peluru nye ni...tapi x pe...petronas kaya...


....nak menembak, ingat peluru orang isikan...rupanya kene isi sendirik...hehe....nasib baik la semangat juang tu masih ada..tu yang semangat tu....x tau la apa jadi pasni....harap2 masuk ke lubang hitam tu...hehehe...



heheh...korang tengok lagi nie...nie la aksi kitorang yang kameraman dapat ambil gambar...perasan x siapa tepi tu....korang cuba teka....heheheh

korang tengok ar...boleh senyum lagi tu...sumer je yang kitorang tembak terlajak je keluar
...teruk...teruk...teruk...heheh...menari penyamun kalau kitorang yang kejar dan tembak dorang...heheheh