Isnin, 27 April 2009

Bagaimana untuk menyertai?

Berminat Menjadi Ahli Radio Amatur

Apakah yang dikatakan hobi radio amatur?

Radio Amatur adalah merupakan salah satu daripada alat yang digunakan bagi tujuan komunikasi dengan menggunakan peralatan radio. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau keseluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Sebahagian daripada pengguna radio amatur memancarkan isyarat mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi mendapatkan jarak pancaran yang lebih jauh dan luas semasa berkomunikasi.

Terdapat juga sebahagian yang berkomunikasi menggunakan isyarat "morse".

Pengendali Radio Amatur adalah merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggillan (call sign) sendiri yang mana ia merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara (Airwaves). Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia Radio Amatur walaupun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia yang masih tidak membenarkan penggunaannya sebagai sebahagian dari aktiviti sampingan.

Keseronokan di dalam menggunakan perhubungan Radio Amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sebahagian darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berkekalan . Dengan berkomunikasi melalui radio kita akan dapat mengenali budaya dan adat resam sesuatu penduduk yang mungkin sukar dicapai dengan perhubungan yang sedia ada disebabkan kurang nya infrastruktur dan tempat yang jauh dipendalaman.

Dari itu dapatlah kita simpulkan bahawa Radio Amatur adalah merupakan suatu hobi yang amat baik dan menarik bagi tujuan pendidikan dan perhubungan jarak jauh yang murah lagi efisien.

Di samping berkomunikasi kita dapat juga membantu agensi agensi kecemasan dalam memberikan khidmat komunikasi semasa bencana dan juga semasa aktiviti yang berbentuk sosial.

Siapa yang boleh menyertai?

Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur(diatas 14 tahun), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.

Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa Radio Amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti King Husin of Jordan, King Juan Carlos of Spain, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat Radio Amatur.

Pada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja [ SWAL (short wave amateur listener) ] tetapi jika kita hendak berkomunikasi iaitu memancarkan isyarat, kita perlu mempunyai lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur kita perlu menduduki R.A.E (Radio Amatur Examination), satu ujian teori yang mana bila lulus ujian ini kita layak memohon lesen kelas "B" (B License) yang mana membenarkan kita untuk menggunakan band VHF,UHF dan juga sebahagian dari HF. Dan jika kita memerlukan jalur frekuensi dan kuasa memancar yang lebih besar yang membolehkan kita meletakkan dunia didalam gengaman, kita perlu menjalani satu lagi ujian iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod). Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang pengendali Radio Amatur yang profesional.

Ahad, 19 April 2009

..Exora MPV Proton pertama...






Assalamualaikum...semalam saya pergi proton malim...tengok exora nie...tapi standard katak je la...ni saya amik dalam internet....perhh...bestkan tengok MPV malaysia pertama nie...ni gambar yang dah di mod kan bodykit...kalau standard memang kurang skit kecantikan dia...tapi saya berazam nie..nak beli satu dan nak jadikan dia cenggini..atau lebih skit dari cenggini....heheh...ikut pengalaman main keter saya sebelum ni...x jadi masalah untuk jadi cenggini atau lebih....tinggi azam saya nie...heheh....dengan harga yang rendah dan sitbelt semua tempat duduk ada...ar....jpj x leh la saman lagi..hekhekhek..pastu terpacakla antena .....arini pergi tengok lagi kot..nak bincang harga lak...nak beli yang basic je....nanti boleh la mod sendiri ikut mood kite...enjin nye performance depend pada keadaan masa dah guna nanti kalau x dengan enjin2 kene mod sekali....kalau yang mpv ni mungkin xde masuk turbo la kot sebab dah 2 biji kereta yang guna enjin turbo kat rumah tu....dorang kata keter nie save minyak sebab walaupun 1.6campro cps dia nya h/power dah tinggi...dia naikkan torqe la nie...nak ringan kan kereta dan nak match kan dengan body yang besar dan berat....k la..nanti kalau dapat kereta nie dan lulus loan saya upload gambar yerk.....73 cario....

Jumaat, 17 April 2009

bila dah x der kerja nak dibuat...Kerja GiLA...



hari nie disebab kan saya dengan 9w2mhg b.sham xde kerja nak buat..kitorang suke2 hati je naik highway pergi wilayah tengah jumpa DAto' Leck..beli rig...beli lak sampai 2...heheh...tu la jadinya kalau dah gila dengan radio nie.xpe...hajat dihati nak beli yang dual band ...pikir balik kalau beli dual band dapat satu rig je...ikut budjet yang rendah ni baik amik single band...dah boleh dapat 2 bijik kan...hehe...pandai kire2...tu pun pergi dengan b.sham...kalau pergi sorang mau nye dapat satu je yang dual band....lagipun xyl saya skang nie tengah belajar monitor sebab bulan 6 nie dia nak ambil RAE...dia dah monitor tu bila x faham boleh la dia tanye....SOP...penting tu...antena base baru je naik tapi x berapa tinggi..salah kiraan ketinggian tiang la pulak haritu...nak kene panjat bumbung lagi...hahaha...penat je kaki...

"awards''

la....saya x reti nak tulis apa la kat sini bila....
yang saya tau saya nie ok2 je....

Jumaat, 3 April 2009

hari keluarga petronas....tiara beach resort...pd....21 hb aritu...seronok la jugak....9w2mhg dan xyl nye pun ada 9w2jhg...


















pacak antenna base kat rumah 9w2iwn





ni gambar bersama bang syam dan bang iwan kat rumah iwan..pasang antenna...hehhe...bayangkan 3 orang sekali naik...baru je pas ujan masa nie....berderap la jugak bumbung rumah bang iwan masa tu...tengok la badan2 kitorang nie...hehehe...tapi yang pasti rumah saya je x naik lagi antenna base...hehe..lupa lak..baru je wat payment kat bang halim 9w2ntt...beli antenna kat dia..mungkin pagi nanti dia courier la tu...pasni bang sham dengan bang wan kene panggil ke rumah saya la pulak untuk pacakkan antenna base kat base saya di bertam ulu....9w2mhg dan 9w2iwn.....

...jalan2 carik makan...






ni la dia ...jalan2carik makan....ni gambar masa kat bukit serindit dan gambar 9w2onn abang din kite nie masa jumpa dia kat brothers melaka...tq kerana sudi turun sambut sahabat kite dari penang...9w2FLL...yang ada ramai tapi ni je gambar yang sempat diambil....9w2mhg,9w2mtt,9w2eak,9w2usm,9w2kkd,9w2mtx...ada lagi yang x ingat dah....hehe...lupa la pulak..ingat mana yang ada dalam gambar je ni..tapi yang paling best..happening....

....Qimi Demam..

kesian kan....anak saya kene demam panas minggu lepas....2 minggu dia demam sampai la satu tahap dia dah nak kene sawan...putih mata dia....nasib baikla mak saya ada time tu...panic la jugak saya nie...1st time kene camtu....sebelum ni dia demam skit2 je...kali ni je teruk....ujian ni ....sekarang ni ok skit dah....maksimum nye bacaan suhu aritu 38.8...doktor cakap tinggi...patutnya bila dah tinggi tu dia cucuk la ubat yang masuk bontot tu...ni x....balik dari klinik..kire belum sampai rumah lagi la dia dah kene camtu.....

alhamdulillah...setakat ni x de apa berlaku cume sekarang ni dia jadi penakut skit...takut kene tinggal...aku nak ke tandas pun dah payah...dia tengok je aku x de depan mata..siap....meraung la depan pintu tandas bawak bantal busuk dengan botol air....

Rabu, 1 April 2009

.....RAE....

Untuk makluman semua pengikut blog saya ini...SKMM telah keluarkan info terbaru yang menyatakan borang RAE telah dikeluarkan...boleh la kepada semua yang ingin mengambil exam ini download borang dari laman web SKMM...exam akan diakan pada 24 Jun 2009 ini...tarikh tutup hantar borang permohonan pada 14 April ini....

http://www.skmm.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=93070621&winrid=8848209