Ahad, 6 Disember 2009

Honda CBX 750p yang baru saya dapat...



Assalamualaikum...

berjuta terima kasih diucapkan pada 9w2ACB cikgu mie kerana dengan bantuan beliau saya telah dapat motor honda cbx750p yang selama ini saya idamkan...hehehe..walaupun x cukup sifat sebab motor tender tapi xpe...bak kata cikgu mie..."perlahan-lahan buat,lama2 nanti cantikla dia"...sekarang nie motor masih di bengkel sebab dalam proses baik pulih....baik pulih senang je...yang susahnya nak carik barang...heheh...bukan susah apapun...duit je yang buat dia susah nak dapat...xpe...perlahan2 kayuh...radio vhf spectra untuk motor ni pun dah dapat..cikgu mie gak tolong...
nanti saya akan update dari masa ke semasa...yang atas tu gambar yang saya amik dari blog cikgu mie..heheh..pinjam erk...tapi motor x leh pinjam...hak individu...hehe...WEF5224 ni la no pendaftaran moto nie.. geran dalam proses lagi...ada kat si penjual...dia kata kat bukit aman...saya pun x tau tapi yang pasti mesti ada...kalau x de saya carik dia balik....

ok semua...nanti bila dah siap saya masukkan gambarnye...

Memek Muka Harmonic



Assalamualaikum....hehehe...cube tengok...pelbagai gaya memek muka yang harmonic saya buat....nie tengah mood baik la nie..kalau x....xkan dilayannye....harmonic yang pertama nama QIMIE...kalau kite tanye dia jawab simple je...saper nama ...mey mey....masih dalam proses belajar bercakap...umur pun baru nak masuk 2 thn 3 bulan...ni la penawar hati kitorang...hehh...comel kan...mana satu memek muka yang korang suke....

Selasa, 17 November 2009

TT Santai / Mini eyeball (EXORA CLUB) di Taman Botanical Ayer Keroh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempat gak saya sampai dalam hujan lebat ke eyeball rakan club exora di Taman Botanical Ayer Keroh....semalam club eocm wilayah selatan buat sessi eyeball jam 3-6 petang....program banyak banyak yang x dapat dilaksanakan kerana bila tiba je sana dah dalam keadaan hujan lebat....makin lama makin lebat....program untuk kanak2 x dapat dilaksanakan...sambut hari lahir bang hantu sempat la jugak....tapi memang seronokla....ramai kawan...ada gak rakan ham yang hadir macam bang tuah (9w2ppz),bang fahmi (9w2mfi) dan 2 rakan swal...

kat bawah ni saya upload gambar program haritu...


Rakan wilayah tengah - Jalan2 cari makan.


Assalamualaikum....lama betul x update blog nie....gambar banyak tapi x sempat nak upload....cuba tengok nie....saper yang datang.....rakan dari wilayah tengah datang ke Melaka...jalan2 carik makan (ikan bakar)....ni masa kitorang kat medan ikan bakar Kuala Sg Baru....makan bersama 9M2Jen...
 




Sabtu, 7 November 2009

Yaesu FTM10R


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

saya berkenan sangat nak guna gadjet nie...ada x antara rakan2 yang pernah guna gadjet nie....saya nak letak kat (future) motor CBX yang akan dibeli...

nak mintak komen pada rakan yang pernah guna...nak tau kelebihan dan kekurangan gadjet nie....

tolong ye....

Sabtu, 24 Oktober 2009

..ni untuk orang yang x berapa minat motor..


7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Malaysia Boleh


Malaysia boleh?......yeke?........

Tapi bagi saya orang kita ni termasuk Cina,Melayu & India memang boleh......boleh melakukan apa saja.Bukti?

Datuk Nicole David - Ratu Skuasy Dunia ( dunia dah ni )
Mohan dan Magendran - Menawan puncak Everest ( tahap dunia lagi )
Datuk Syeikh Muzaffar - Angkasawan Negara ( worrrlllllddddd beb............)

Sebenarnya banyak lagi nak disenaraikan.Memang orang kita mampu melakukan apa saja untuk mengharumkan nama negara.Sesuaila dengan konsep 1 Malaysia.
Tapi kalau dah cerdik sangat....ada gak yang bodohnye.....nak bukti gak?....
Korang tengokla gambar kat bawah ni then " lu pikir la sendiri............"