Ahad, 6 September 2009

Soal jawab di bulan Puasa (baca sampai habis)

PUASA

Soalan: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas
waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan: Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam
berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah
membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama
dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei
memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari
dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa
memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air
sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas
masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya,
kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit.
Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping
telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam
telinga.?

Jawapan: Memasukkan air ke dalam hidung ketika
berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan
puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah
menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan
membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga
dengan
membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja
tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga
bagi menghilangkan
dahaga.

Soalan:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan
puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka
berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak
kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara
membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya
puasa itu bermula?
Amat Unus, KL

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit
lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam
bersetubuh itu fajarpun
keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia
menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta
merta) tidak boleh
diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia
telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang
disengajakan. Demikian pulalah
dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah
terdengar suara azan, maka hendaklah membayar
kaffarah. Pertama memerdekakan
hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan
berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup
iaitu dengan memberi makan
60 orang miskin.

Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan
ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan
apabila
terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah
mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari
kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan
sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru
tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi
wajib, kemudian
teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi
pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan
puasa. Bahkan
setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang
Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus
segera mandi wajib.

Soalan:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan.
Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor
telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa
saya dikira batal kerana suntikan itu ?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat
dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak
membatalkan
puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn
Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.
Bagi kami hal ini
melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan
maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan
puasa.

Dipetik dari laman Darul Nu'man

Soalan: Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang
dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan
apakah diwajibkan berpuasa.

Jawapan: Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu
dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas
umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan: Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan

Jawapan: Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30
hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam
30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan: Bilakah yang dikatakan Hari Syak

Jawapan: Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan
syarat: 1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang: 2.
Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan: Adakah harus berpuasa di Hari Syak

Jawapan: Mengikut pendapat yang kuat tidak harus
berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada' dan
nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari
Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan: Bagaimana hendak diketahui awal Syawal.

Jawapan: Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti
awal Ramadhan (sila rujuk soalan nombor 2).

Soalan: Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya
mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan,
kerana mereka nampak anak bulan.

Jawapan: Tidak harus ikut berpuasa kecuali
negeri-negeri itu berada dalam satu matla'

Soalan: Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari
dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik,
puasa saya sudah
cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi.
Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya.

Jawapan: Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh
berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama
berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan: Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa
mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa.
Adakah boleh berbuka.

Jawapan: Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut
negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup
puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada'kannya.

Soalan: Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi
negeri yang tidak ada siang dan malam.

Jawapan: Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang
mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang
mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu
Mekah.

Soalan: Apakah hukum orang tua yang tidak boleh
berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa
kerana sakit berpanjangan.

Jawapan: Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi
fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang
ditinggalkan dan tidak dikena qada' ke atasnya.

Soalan: Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang
lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan
beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua.

Jawapan: Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang
lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan: Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib
berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan
sahaja.
Jawapan: Sebaik-baik niat dengan mengingat "Aku
berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan".
Walau bagaimanapun sah dengan niat, aku puasa
Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam
pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan
harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid
kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama
sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada
siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan: Pada malam Hari Syak seseorang bemiat puasa
"sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah
puasa tersebut,
sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan".
Jawapan: Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah
puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan: Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan
nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada
kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada
hari tersebut.
Jawapan: Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum
fajar.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya
di waktu malam.
Jawapan: Tidak sah kecuali dia teringat yang dia
berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan: Adakah sah seorang yang syak niat puasanya
pada hari tersebut selepas berbuka.
Jawapan: Sah puasa tersebut.

Soalan: Seseorang yang berniat puasa pada malam hari
kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar.
Adakah sah puasanya pada hari esok.
Jawapan: Tidak sah.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan
tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu
Jawapan: Tidak sah.

Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi
hadas besar.
Jawapan: Sah puasa.

Soalan: Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa
memasukkan ubat ke dalam matanya.
Jawapan: Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota
rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa
menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan.
Jawapan: Batal puasa.

Soalan: Adakah batal puasa apabila termasuk air ke
dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk.
Jawapan: Tidak batal puasa kecuali melampaui batas
ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan: Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga
kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk
mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal
puasanya

Jawapan: Tidak batal puasa.

Soalan: Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap.
Jawapan: Batal puasa.

Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang pitam
Jawapan: Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari
iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan: Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur
semasa sahur sehingga waktu maghrib
Jawapan: Sah puasa.

Soalan: Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim
bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang
musafir berbuka puasa
dengan bersetubuh
Jawapan: Tidak wajib membayar kifarat bagi orang
bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka
puasa dengan bersetubuh.

Soalan: Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada
bulan puasa

Jawapan: Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan
seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan,
kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan
berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri
makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak.
Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib
seperti di atas.

Soalan: Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan
bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah
hukumnya
Jawapan: Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan
kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan: Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa
(suamil isteri)
Jawapan: Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami
sahaja.

Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar
mani dengan sebab khayalan
Jawapan: Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar
mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal
tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan: Adakah boleh diqada' sembahyang atau diberi
fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang
Jawapan: Yang muktamad tidak boleh diqada' dan tidak
boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama' yang
bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh
diqada' dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi
fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan
puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan: Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara
yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh
Jawapan: Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat
menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca
surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam
minit.

Soalan: Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat
malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah
boleh makan/minum dan lainnya
Jawapan: Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari
makan minum dan perbuatan yang membatal puasa,
walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan: Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina
atau wathisubhah pada bulan puasa
Jawapan: Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke
atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan: Seorang perempuan putus haid di siang hari
adakah wajib dia berimsak
Jawapan: Sunat berimsak.

Soalan: Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa
nazar/qada' adakah wajib dia berimsak
Jawapan: Tidak wajib berimsak.

Soalan: Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang
berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya
(bermastautin/bermukim)
Jawapan: Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib
berimsak.

Soalan: Adakah perempuan yang haid wajib berimsak
Jawapan: Perempuan yang haid haram berimsak
sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan: Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di
siang hari, adakah wajib berimsak dan qada' puasanya
Jawapan: Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada'.

Soalan: Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah
fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka
puasa
Jawapan: Tidak harus berbuka bahkan wajib
disempurnakan puasanya.

Soalan: Adakah sunat berniat puasa beserta dengan
lafaz
Jawapan: Sunat.

Soalan: Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk
makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar,
adakah sah
puasanya pada hari itu
Jawapan: Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana
penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan: Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan
syak masuk waktu maghrib
Jawapan: Tidak sah puasanya.

Soalan: Adakah sah puasa orang yang bersahur yang
berat sangkanya, masuk waktu Subuh
Jawapan: Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk
waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya
dan diwajibkan qada'.

Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang biasanya
apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja
dilihatnya
Jawapan: Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak
sengaja maka tidak batal puasanya.

Soalan: Apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa
Jawapan: Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum
gelincir matahari dan makruh selepas gelincir
matahari.

Soalan: Adakah batal puasa termuntah dengan sebab
menggosok gigi
Jawapan: Tidak batal kecuali mereka yang biasanya
muntah apabila mengggosok gigi dan sengaja dia
meggosoknya.

Soalan: Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik
semasa berpuasa
Jawapan: Hukumnya makruh.

Soalan: Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat
berpuasa pada bulan Ramadhan kerana sakit yang
berkekalan dan mati
selepasnya
Jawapan: Tidak ada apa hukum ke atasnya dan begitu
juga warisnya.

Soalan: Seseorang yang meningal dunia, puasanya sudah
diqada' tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah
fidyahnya
bertambah
Jawapan: Fidyahnya tidak bertambah.

Soalan: Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia
sedang bersahur, adakah sah puasanya
Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan
serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam
mulutnya.

Soalan: Orang yang bersahur dengan niat untuk
menguatkan puasa, adakah sah niat tersebut?
Jawapan: Tidak sah.

Soalan: Seseorang yang syak masuk waktu Subuh kemudian
dia bersetubuh meninggalkan bersahur kerana bimbangkan
luput
waktunya, adakah sah puasanya
Jawapan: Sah puasanya kalau dia berniat puasa pada
malam itu.

Soalan: Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya
kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya
Jawapan: Batal puasanya.

Soalan: Air liur yang terkumpul di dalam mulutnya
kemudian ditelan, adakah batal puasanya
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang
dari mulut tidak datang dari rongganya.

Soalan: Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang
lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan,
adakah batal puasa
Jawapan: Batal puasanya.

Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan
dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia
berpuasa
Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki
daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa
maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah
rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t kepadanya".

Soalan: Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban
sedangkan hatinya tidak berat sangka bahawa esoknya
masuk Ramadhan
Jawapan: Tidak sah niat tersebut.

Soalan: Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan
contact lens
Jawapan: Boleh.

Soalan: Adakah wajib berimsak ke atas kanak-kanak yang
baligh dan sedang berpuasa
Jawapan: Wajib berimsak ke atasnya.

Soalan: Orang yang berpuasa nazar kemudian dia berbuka
puasanya. Adakah wajib dia berimsak selepas dia
berbuka
Jawapan: Tidak wajib kecuali puasa pada bulan
Ramadhan.

Soalan: Orang yang berpuasa yang melakukan 2 kali
persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan 2
kifarat
Jawapan: Dikenakan satu kifarat sahaja.

Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung
atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan
puasanya
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua
sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri.
b. Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan
dirinya wajib qada' sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan
anak bukan dirinya, wajib qada'dan fidyah sekadar 1
cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak
wajib qada' sahaja.

Soalan:Adakah wajib qada' puasa yang ditinggalkan
semasa dia gila
Jawapan: Tidak wajib qada' puasa tersebut.

Soalan: Seseorang yang mati dan meninggalkan puasa
tetapi walinya tidak membayarkan fidyah sehingga
Ramadhan yang
kedua. Adakah digandakan fidyahnya
Jawapan: Tidak digandakan fidyahnya. Ada pendapat
mengatakan dikenakan dua cupak bagi setiap hari, satu
cupak kerana tidak berpuasa dan satu cupak lagi kerana
menangguhkan fidyah.

Soalan: Apakah hukum seseorang yang mati yang belum
sempat menunaikan puasa nazar
Jawapan:
a. Mengikut Qaul Jadid hendaklah wali memberi secupak
beras sehari.
b. Mengikut Qaul Qadim wali boleh memberi secupak
beras sehari atau menggantikan puasa.

Soalan: Adakah harus qada' puasa kepada simati yang
meninggalkan puasanya sebulan dengan diqada'kan
puasanya oleh 30
orang selama satu hari
Jawapan: Harus dan Sah.


Soalan: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah
diqada'kan puasa untuknya
Jawapan: Tidak boleh diqada'kan puasa kepada orang
yang masih hidup.

Soalan: Bolehkan dibayar fidyah 10 cupak kepada 1
orang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang
Jawapan: Boleh diberi kepada satu orang atau sepuluh
orang.

Soalan: Adakah sah bernazar puasa selama 1 tahun
Jawapan: Sah nazar tersebut dan hendaklah berpuasa
selama tempoh tersebut termasuk dalamnya hari Tahrim
(2 hari raya), tiga hari tasyrik, lbulan puasa
Ramadhan dan puasa qada'.

Soalan: Apakah hukum seorang isteri bernazar untuk
puasa setahun dan dilarang oleh suami
Jawapan: Wajib berbuka dan tidak dikenakan fidyah dan
qada' kerana dikira uzur.

Soalan: Adakah sah puasa sunat seorang perempuan yang
dilarang oleh suaminya
Jawapan: Sah puasa tetapi berdosa.

Soalan: Adakah wajib qada' bagi seseorang yang
membatalkan puasa sunatnya
Jawapan: Tidak wajib qada' pada mazhab Abu Hanifah.

Soalan: Bolehkah membatalkan haji sunat atau umrah
sunat
Jawapan: Tidak boleh kalau terbatal wajib Qada'.
Catatan: Masalah ini berbeza dengan puasa sunat kerana
puasa sunat boleh dibatalkan tanpa qada'.

Soalan: Adakah sah berpuasa pada hari-hari Tahrim
Jawapan: Tidak sah dan haram berpuasa.

Soalan: Apakah hukum bersahur
Jawapan: Hukumnya sunat.

Soalan: Apakah hukum puasa sunat pada hari jumaat
sahaja
Jawapan: Makruh berpuasa kecuali pada hari jumaat itu
jatuh 10 Muharram.

Soalan: Apakah hukum meneruskan puasa 2 hari
berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka
Jawapan: Haram berpuasa dengan tidak berbuka.

Soalan: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka
Jawapan: Sah puasa

Soalan: Seorang yang uzur tidak dapat berpuasa hingga
ke tahun berikutnya. Adakah wajib fidyah ke atasnya
kerana terlewat
qada'
Jawapan: Tidak wajib fidyah ke atasnya wajib qada'
sahaja ke atasnya.

Soalan: Adakah pahala membaca AI-Quran dan bersedekah
di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain
Jawapan: Pahala membaca AI-Quran dan bersedekah
dibulan Ramadhan adalah berganda.

Soalan: Bolehkah isteri membayar fidyah puasa suami
yang telah meninggal dunia
Jawapan: Harus isteri membayar fidyah puasa suaminya
yang telah meninggal tetapi yang terutamanya ialah
anak-anaknya kerana anak-anaknya yang menerima asabah
daripada pusakanya. Ini berpandu kepada Imam as-Subki
yang telah memfidyahkan puasa keluarganya yang telah
meninggal dunia.

Soalan: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air
Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak
membatalkan puasa.

Soalan: Apakah hukum perempuan hamil berbuka puasa
kerana takut menjejaskan kesihatan kandungannya
Jawapan : Hukumnya harus

Soalan: Hukum mencantumkan puasa qadha' dengan puasa
sunat
Jawapan: Hukumnya harus bahkan setengah ulama'
mengatakan sunat.

Soalan: Hukum berniat puasa qadha' pada waktu pagi
siang hari dan bagaimana niatnya
Jawapan : Hukumnya tidak sah kecuali puasa sunat.

Soalan: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana
bersalin
Jawapan: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin
itu ada darah nifas dan wajib qadha' pada bulan-bulan
yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu
tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa
kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha' pada
bulan-bulan yang lain.

Soalan: Bolehkah fidyah puasa dibuat jamuan kepada
fakir miskin?
Jawapan: Tak boleh fidyah puasa dengan duit. Mengikut
Mazhab Shafie fidyah puasa hendaklah dengan
dikeluarkan beras secupak pada satu puasa dan tidak
boleh ditukarkan kepada yang lain. Oleh itu hendaklah
diberi beras, jangan ditukar kepada yang lain atau
makanan supaya hak orang miskin ini tidak dapat diguna
oleh orang-orang yang tidak berhak.

Soalan: Bolehkah berpuasa pada hari Arafah yang jatuh
di hari Jumaat?
Jawapan: Sunat berpuasa di hari arafah walaupun
berlaku hari Jumaat. Yang makruh berpuasa di hari
Jumaat ialah semata-mata melakukan puasa sunat.

Soalan: Saya mahu qada' puasa di hari ini tetapi saya
tertidur semalaman. Adakah boleh saya berniat di
siang hari?
Jawapan: Tidak boleh, kerana niat puasa qada' dan
nazar itu wajib dan niat puasa qada' dan nazar adalah
di malam hari. Tidak sah selepas Subuh dan boleh
berniat di siang hari hanya untuk puasa sunat sahaja.

Soalan: Apabila seseorang qadal puasa kemudian dia
membatalkan puasanya dengan sebab kawan mengajak
makan. Adakah
dengan sebab yang demikian digandakan dua hari untuk
puasa qadalnya?
Jawapan: Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja
dan haram membatalkan puasanya.

Soalan: Adakah boleh qada' puasa pada 13 Zulhijjah?
Jawapan: Tidak boleh kerana 13 Zulhijjah dilarang
berpuasa.

Soalan: Saya mahu Puasa qada's elama 10 hari. Adakah
boleh saya berniat puasa di malam pertama puasa?
Jawapan: Tidak harus kerana sepuluh puasa qada' itu
adalah puasa yang berlainan seperti orang tinggal
sepuluh kali pada sembahyang Subuh. Maka sepuluh
Subuh itu adalah lain di antara satu sama lain. Maka
hendaklah berniat pada membuat tiap-tiap sembahyang
yang sepuluh itu. Begitu juga dengan puasanya.

Soalan: Adakah boleh saya bagi fidyah puasa kepada
satu orang?
Jawapan: Boleh.

Soalan: Ibu saya meninggal dunia pada hari yang ke
sepuluh Ramadhan kerana sakit dan tidak dapat puasa.
Apakah hukumnya?
Jawapan: Tidak dikenakan apa-apa fidyah kerana dengan
sebab tidak ada masa untuk dirinya mengqada'kan
puasanya.

Soalan: Apakah pada bulan Muharram itu ada hari
diharamkan berpuasa?
Jawapan: Tidak ada, harus berpuasa sepanjang bulan.

Soalan: Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak
yatim?
Jawapan: Tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang
berhak menerima fidyah puasa ialah kepada fakir
miskin.

Soalan: Bolehkah puasa sepanjang tahun selain dari 2
hariraya dan hari-hari tasyrik?
Jawapan: Boleh berpuasa bahkan sunat berpuasa
sekiranya kuasa dan tidak terjejas tanggungjawab yang
diwajibkan ke atasnya.

Soalan: Kenapakah awal puasa dan hari raya tidak sama
di antara negara-negara Islam di dunia.
Jawapan: Awal puasa dan hari raya tidak sama kerana
tidak sama matlaknya , tidak boleh disamakan waktu
seperti waktu sembahyang contohnya di negara kita
sudah masuk waktu Isyak tetapi di Mekah belum Maghrib
lagi.

Soalan: Adakah boleh berpuasa sunat di hari Jumaat?
Jawapan: Boleh tetapi makruh puasa hari Jumaat sahaja
kecuali dihubungkan dengan hari sebelum atau hari
selepas. Sekiranya hari itu jatuh hari sunat berpuasa
seperti sepuluh Muharram maka disunat berpuasa.

Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa dan makan
kerana terlupa?
Jawapan: Sah puasanya kerana makan dengan tidak
sengaja.

Dipetik Dari

http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17

Tiada ulasan: