Isnin, 7 September 2009

Masalah Cemburu Buta...memeningkan kepala jugakkan.....

 

CEMBURU naluri manusia yang sukar dibendung. Ada berbagai sifat cemburu - ada yang positif dan negatif. Bila menyebut cemburu, pasti ramai menuding jari kepada wanita. Mereka menganggap golongan hawa kuat cemburu. Sebenarnya, sifat cemburu bukan hanya dimiliki wanita tetapi juga lelaki. Sifat cemburu ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan itu.

Dalam kebanyakan hubungan, terdapat banyak sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yang cemburu ini menggugat memutuskan hubungan dan pasangan berasa tergugat. Ada pasangan sadar yang sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tetapi tidak mampu mengawalnya. Mereka senang tiasa ingin tahu apa yang dilakukan pasangan mereka. Jika terlewat 10 menit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Siasat dan selidik tanda cemburu yang boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah dan kecewa bila kita tak ada.

2. Dia menelefon kita semasa malas dan apa pun alasan diberikan, dia tetap mau berbicara dengan kita. Disebabkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi berasa geram kerana dia hanya ingin berbual semata-mata.

3. Dia menuduh sesuka hati kita keluar dengan lelaki atau wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengatakan akan bunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mau kita sentiasa bersamanya dan marah walaupun kita keluar dengan teman wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka ke parti atau majelis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.

8. Dia bertindak seperti seorang polisi, ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka apabila kita kerja lebih waktu.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kita.

Sekarang mari kita belajar cara mengatasi sifat cemburu ini.

1. Terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh membawa fikiran dalam bentuk situasi apa pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, sangatlah buruk kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu saja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam waktu singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa malu, rasa bersalah atau bertindak kasar. Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? sangatlah buruk dia apabila dia senyum kepada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada wanita/lelaki lain?

7. Ramai mempunyai perasaan dan masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain dan mau pihak satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat hubungan anda berdua, terima hakikat masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan,bijak dan baik. Jadi janganlah coba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang buruk.

9. Bina keyakinan diri. mungkin kita berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang istri cantik, kita patutnya ucapkan selamat ikut berbahagia dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan siapa saja. Cemburu tidak akan dapat menghalangi mereka.


Kepada pasangan2 yang ada ketika ini..saya berharap...jgn la kuat sangat cemburu tu...kitorang sayang korang...x kan ada orang ke 3... tolong la ye....jangan sakitkan kepala dengan perkara2 macam ni..

Tiada ulasan: