Selasa, 9 Februari 2010

RAE nye result dah keluar.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga amatur....

keputusan RAE tempoh hari dah keluar...cube tengok kat sini... http://rae.skmm.gov.my/

hehehe...adik ipar aku LULUS....hehehhe

tahniah pada rakan2 yang berjaya dan usaha lagi pada rakan2 yang gagal...

Isnin, 8 Februari 2010

motor honda cbx aku dah keluar...heheheh

Assalamualaikum semua...hehehe...motor aku dah keluar tapi belum nak post gambar lagi sbb kurang cantik...heheh...nnti bila nak ok n cantik akan di postkan kat blog ni...

Sabtu, 23 Januari 2010

RAE (Radio Amatuer Exam) datang lagi....

Assalamualaikum semua rakan-rakan dan sahabat ku sekalian...

saper-saper yang dah berkeinginan nak ambil exam radio amatur tu dah boleh download borang dari laman web SKMM....12 Febuari ni tutup permohonan....siapa cepat dia dapat....exam 14 April 2010 jam 2 petang.....

selamat mencuba...

Rabu, 13 Januari 2010

Duta Michelin 2010

Saper kata kalau nak jadi model kene ada body slim n lawa...kadang-kadang semua tu x penting.Bukti..???
Korang tengok la sendiri...


Model Michelin.Hehehehe....Lagi....















Ha....apa yang penting...COMEL...tapi sweet gak baby2 ni..berketak- ketak je badan tu.Agaknye  kalau kita dok kuar masuk gym pun xkan dapat badan berketul mcm ni kan..hehehe

Jumaat, 8 Januari 2010

Pasangan Yang Baik


Kadang kala ada perkara yang kita lupa...
Kadang kala juga ada diantara kita yang leka...
Bahawa...kita tidak boleh hidup tanpanya....


10 Perkara yang perlu kita  lakukan....

1)Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

 
2)Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut
dielakkan.

 
3)Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4)Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5)Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.


7)Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.


8)Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.


9)Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.


10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.






Isnin, 4 Januari 2010

Pada Suatu Hari...

04 January 2009 - 9W2 WXN

Semalam,plan nak gi tgk motor kat kL x jadi lak.Bukan ape,sekali pikir time2 org nak start sekolah ni...jalan comfirm bumper to bumper nyer...disebabkan tak kuasa nak melayan highway yang jem so papa,mama & qimie jenjalan dalam melaka je la.....


Papa lak dlm perjalanan asyik dok qso jer.ada je citer yang dia dok beborak..hehehe.Mama & Qimie lak....?



Hehehe...ini la keje mama & qimie...keje ngambik gambo.Dok posing sepanjang perjalanan.Then sampaila tempat yang dituju...



Melaka Planetarium....kat sini la 1st place yg kami pegi.Kat sini pameran pasal aerospace...memang best...menarik..

 
Then kat situ jugak ada wat tayangan dlm cinema khas yang bentuknye mcm dome.Memang best mama layan....tapi qimie dok layan citer upin & ipin kat phone mama.Papa lak....ZZzzzzz sampai la abis citer tu.



Qimie?...lor...atas keter papa dia letak..qimie rilek jer.papa dia yg risau..takut jatuh..hehehe.
Then kami dok round kat air keroh,Taman Botanical...pastu  pusing lak area Klebang. Ingatkan nak round lagi....tetiba mama tengok....


Qimie dah tertido kat belakang...penat sgt agaknyer.So kami pun amik keputusan balik umah jer.tak jadi nak jenjalan lagi.sian lak tgk qimie tertido penat....


So itula aktiviti kami sepanjang hari semalam....

Sabtu, 2 Januari 2010

Qimie Balik Umoh Tok Aboh.....

02 Januari 2010 - 9W2WXN
Dah lama betul tak update blog ni...yela, saya pun QRL ngan tugas.Nak plak time penutupan tahun & pembukaan tahun ni.Tugas di saltmine memang menuntut komitmen yang tinggi.Dalam time tu jugak....saya selitkan la jugak time untuk Aboh & Ma kat Paloh Hinai...Qimie plak memang suka la dapat jumpe ngan Poksu dia...


Ha....korang tengok la....harmonic saya ni mmg pantang kalau kita pegang camera...ada je pose yang dia wat. Kalau kita tak amik gambar dia, mmg merajuk la jawabnyer....Ni time kat umah Tok Abah Qimie keje, kat Felda Bera Selatan 05.

Ni ada lagi ni...pose tepi tiang lak....gaye mcm orang beso...Time ni kat umah Tok Aboh Qimie kat Kampung Bunut,Paloh Hinai..Hrm,gelagat dia mcm ni la yang buat Abah saya selalu rindu cucu dia sorang ni...

Yang ni plak Qimie ngan pok2 sedara dia.....yang sebelah dia tu la Poksu dia...Actually balik aritu sebab Poksu dia sunat la...yang 2 org lagi tu join Poksu sunat.Yang kelakar nye Qimie pandai lak dok menyakat Poksu dia....dok nyanyi lagu Potong...Potong...Potong...( yg mcm dlm iklan dlm tv tu )
Aik...yang lain dok tunjuk peace....yang Qimie lak....pose ape lak camtu?...
Hrmm...mcm2 la harmonic saya ni...

Ahad, 6 Disember 2009

Honda CBX 750p yang baru saya dapat...



Assalamualaikum...

berjuta terima kasih diucapkan pada 9w2ACB cikgu mie kerana dengan bantuan beliau saya telah dapat motor honda cbx750p yang selama ini saya idamkan...hehehe..walaupun x cukup sifat sebab motor tender tapi xpe...bak kata cikgu mie..."perlahan-lahan buat,lama2 nanti cantikla dia"...sekarang nie motor masih di bengkel sebab dalam proses baik pulih....baik pulih senang je...yang susahnya nak carik barang...heheh...bukan susah apapun...duit je yang buat dia susah nak dapat...xpe...perlahan2 kayuh...radio vhf spectra untuk motor ni pun dah dapat..cikgu mie gak tolong...
nanti saya akan update dari masa ke semasa...yang atas tu gambar yang saya amik dari blog cikgu mie..heheh..pinjam erk...tapi motor x leh pinjam...hak individu...hehe...WEF5224 ni la no pendaftaran moto nie.. geran dalam proses lagi...ada kat si penjual...dia kata kat bukit aman...saya pun x tau tapi yang pasti mesti ada...kalau x de saya carik dia balik....

ok semua...nanti bila dah siap saya masukkan gambarnye...

Memek Muka Harmonic



Assalamualaikum....hehehe...cube tengok...pelbagai gaya memek muka yang harmonic saya buat....nie tengah mood baik la nie..kalau x....xkan dilayannye....harmonic yang pertama nama QIMIE...kalau kite tanye dia jawab simple je...saper nama ...mey mey....masih dalam proses belajar bercakap...umur pun baru nak masuk 2 thn 3 bulan...ni la penawar hati kitorang...hehh...comel kan...mana satu memek muka yang korang suke....

Selasa, 17 November 2009

TT Santai / Mini eyeball (EXORA CLUB) di Taman Botanical Ayer Keroh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempat gak saya sampai dalam hujan lebat ke eyeball rakan club exora di Taman Botanical Ayer Keroh....semalam club eocm wilayah selatan buat sessi eyeball jam 3-6 petang....program banyak banyak yang x dapat dilaksanakan kerana bila tiba je sana dah dalam keadaan hujan lebat....makin lama makin lebat....program untuk kanak2 x dapat dilaksanakan...sambut hari lahir bang hantu sempat la jugak....tapi memang seronokla....ramai kawan...ada gak rakan ham yang hadir macam bang tuah (9w2ppz),bang fahmi (9w2mfi) dan 2 rakan swal...

kat bawah ni saya upload gambar program haritu...