Isnin, 19 Oktober 2009

Open House ASTRA MELAKA & MERACC

30 Syawal 1430 Hijrah

Berakhirnya Syawal………

‘ Kita pose dah sebulan, raya pun kenela sebulan jugak…………….’

Korang selalu x dengar orang cakap mcm ni? ( comfirm korang selalu dengar sepanjang bulan Syawal ni ). Itula kita, setelah berpuasa dan berpenat lelah menahan lapar dan dahaga, inilah masanya untuk kita bersuka ria disamping saudara dan rakan.
Sedar atau tidak,hari ini kita sudah berada dalam pengakhiran Syawal.So minggu lepas semua umat Islam berebut-rebut nak buat open house ni.Hari semalam jer ada 4 buah rumah wat makan2….yang hanya kami sempat singgah 2 buah rumah jer…..kepada rakan2 yang x sempat kami pergi open house tu, kami minta maaf banyak2….. Pada 28 Syawal lalu, Astra Melaka turut mengadakan open house di salah sebuah kedai di bukit Katil……..dikalangan rakan HAM Melaka mengelarkannya Kedai Hijau.Jadi ramai la rakan HAM yang hadir dan tidak kurang juga rakan HAM dari luar Melaka turut memeriahkan suasana…….

Galeri Gambar :-




Mula - mula je sampai nie...kitorang x ikut konvoi Bukit Rambai sebab lagi dekat kalau ikut highway dari base station ke lokasi majlis....



cuba tengok saper yang datang tu...hehehe....ABW pakwahab kite....



pelbagai aksi dari para tetamu kite nie....ramai yang datang...rakan SWL pun ramai jugak....ada juga dari lokalan luar melaka...


Aktiviti malam tu?...........memang meriah.Dengan adanya Lucky Draw, ianya berjaya menambat hati tetamu agar tidak lekas pulang walaupun majlis berakhir lebih kurang 12 am.




Keluarga kami pula?......saya dan suami sibuk melayan karenah Qimie yang nakal pada majlis itu dan tidak disangka, sikecik tu dinobatkan sebagai “ Kanak-kanak Lelaki Comel Bawah 12 Tahun” Saya pula tidak sedar bila masa Dxn bawa Qimie kedepan para juri ( Pak Mus) bersama kanak-kanak lain yang turut serta. Sedar-sedar je Qimie dah meluru kearah saya membawa hadiah yang di menangi dan tidak sampai 5 minit si kecik tu dah buka hadiahnya…..........
Hmm,kelakar kalau nak diingatkan kembali ;-P
Apa-apa pun, Syawal kali ini kali ni memang meriah sebab anak kami dah pandai sebut ‘Camat Ayi Ayer’ pada setiap tetamu kami yang bertandang ke rumah……Bagi saya, segalanya sempurna apabila bersama suami dan anak.


Kini, Syawal mula mengakhiri dan Zulkaedah mula menanti…………….

POST BY 9W2WXN

Sabtu, 17 Oktober 2009

Happy Deepavali kepada kaum HINDU

 

Soalan :
Apakah hukum mengucapkan Happy Deepavali kepada penganut agama Hindu dan menghadiri rumah terbuka perayaan berkenaan ?
TQ

Jawapan :
Laman islam-0nline memuatkan salah satu kenyataan al-Qaradhawi yang berbunyi :

ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم :
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). 

Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”


Berdasarkan kenyataan ini, yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Maka kita tidak menghadiri rumah terbuka mereka, kerana itu termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka.

heheh....yang ni pulak ucapan saya....


Salam sejahtera kepada semua kaum hindu di malaysia dan diatas muka bumi ini....saya mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada anda....


Sekian

Jumaat, 16 Oktober 2009

Bapa 9W2PPZ / SC6 PZ Bang Tuah telah kembali ke rahmatullah



Assalamualaikum rakan2 semua...

Adalah dimaklumkan kepada semua bahawa bapa kepada 9W2PPZ / SC6 PZ Bang Tuah telah kembali kerahmatullah pada jam lebih kurang 5 petang semalam 15 Oktober 2009.Jenazah telah selamat dikebumikan tengah hari tadi di tanah perkuburan Kg Belimbing Dalam,Durian Tunggal Melaka.

Kapada rakan2 yang tidak tahu lokasi rumah Bang Tuah boleh la masuk ke FRQ V32 dan Astra Melaka Local.
9W2PPZ - Tuah - 012 3440845

Al fatehah untuk arwah bapa beliau,semoga roh nya dicucuri rahmat.

Selasa, 13 Oktober 2009

Repeater baru ASTRA 9m4RAA di Bukit Telemong,Karak.

Terima kasih buat ASTRA kerana menaikkan satu lagi Repeater untuk kegunaan rakan radio amatur di Malaysia terutamanye di Pahang.Repeater terbaru ini berCALLSIGN 9m4RAA berlokasi di Bukit Telemong,Karak.
 
Frekuensi 9M4RAA : 146.625 tone 85.4 dan offset -0.600

Jika berlaku sebarang pertukaran akan di infokan kemudian.Dan sebarang bantuan amatlah di alu-alukan.

info di curi dari blog http://koianakpahang.blogspot.com/ 
 
hehehe....TQ Bang Mazru atas info...

Khamis, 8 Oktober 2009

Jemputan Makan - Makan ASTRA / MERACC (MELAKA)

Assalamualaikum kepada warga HAM semua....terutama rakan HAM melaka nie...

Kepada mana2 rakan HAM yang berminat nak join majlis sambutan hari raya ASTRA / MERACC negeri Melaka pada 17 Oktober 2009 ni sila berhubung terus dengan 9W2USM (0136846383) dan 9W2KKD (0126662356) untuk keterangan lanjut....

Tarikh : 17 Oktober 2009.
Jam : 8.00 malam (2000hrs).
Lokasi : Kedai Hijau di persimpangan JPJ Melaka.
Calling FRQ : V32 (145.400mhz) / Astra Melaka (Local).


Ketemu kita di Majlis Hari Raya tu nanti ye....jangan lupa bawa kamera masing2....

Isnin, 5 Oktober 2009

....Open House disana sini....

Assalamualaikum...

nak update sikit nie....musim raya datang lagi....banyak sangat jemputan open house yang diterima sejak jadi rakan HAM...seronok je kan...makan free sana makan free sini...konvoi sana konvoi sini....terima kasih la pada mana2 rakan yang menjemput datang kerumah untuk sessi rumah terbuka dan terima kasih jugak pada rakan yang hadir rumah terbuka saya tempoh hari..rakan dari JB Bang Hanafi 9w2HJB pun turut hadir....terima kasih pada geng jahat bukit rambai kerana konvoi meriahkan suasana malam yang hening bening tu dengan siren korang...maaf la sebab gambar x dapat update...masa update blog ni kamera yang amik gambar tinggal kat rumah..nanti saya updatekan....(korang kire berapa banyak terima kasih dalam ayat ni..hehehe)....

dalam saat2 gembira saya selitkan ucapan takziah pada rakan-rakan kite di Indonesia kerana musibah yang melanda...TSUNAMI...harap dapat hadapi dugaan ini....Al Fatehah pada mereka yang telah pergi untuk selama2nya....

# nanti saya updatekan gambar nye....

Selasa, 22 September 2009

...sambutan hari raya....

Assalamualaikum...

Hari raya....pagi2 buta lagi aku dah bangun dan kejutkan anak dan isteri....dah siap semua terus pergi ke rumah mak di masjid tanah....salam2 makan2 skit terus kekubur ziarah kubur arwah ayah dan arwah abang...jumpa ramai jugak sedara mara...tapi yang kompius skang ni kenapa langsung x amik kamera untuk ambil gambar kenangan....x tau la kenapa langsung x berminat nak ambil gambar untuk raya kali ni....kalau dulu2 sampai x cukup CF Card tu saya snap gambar...candid...candid...candid....hmmm....kekadang pelik gak rasanya bila dipikirkan balik..kamera bawak mana pergi letak je dalam kereta tu...tapi cuma x berminat nak ambil gambar je...mungkin xde yang menarik kot...xpe la...nak kongsi gambar pun x de ni...xpe...nanti kalau ada nnti ...mana la tau kalau XYL ada amik kot...boleh saya copy n kongsi kat sini....dari saya mmg xde...

Khamis, 17 September 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga..




Assalamualaikum semua...

kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri yang mulia ini kepada semua rakan yang membaca blog saya ini...jika tersalah kata harap dimaafi....kite sebagai manusia ni memang la selalu ada buat kesilapan..tapi kalau boleh jangan la ulangi selalu.heheh...pada yang balik kampung raya ni harap berhati-hati memandu...jangan terburu-buru ye...lambat ke cepat ke kite tetap sampai...so jangan la nak cepat-cepat..bawak relaxs sudah....biar kite bergembira sepanjang musim perayaan ni ye...

DiSuBuh SyaWal yg MuLia:
JiKa aDa keSiLaPan SeMaLam BeLum TerAmPuni……LuPaKanLah!
JiKa aDa keSiLaPan HaRi iNi MenYaKitKan……HaPusKanLah!
JiKa aDa keSiLaPan eSok HaRi MenDaTang……MaAfKanLah!
SaLam AiDil FitRi Al-MuBaRak kpd AnDa dAn PaRa BlogGer’s Di 9w2Dxn. Amiiin….!
SesungguhNya A.ku M.aha Pengampun…… he…he…he…!

Rabu, 16 September 2009

RAE datang lagi (2009-2)

Assalamualaikum rakan-rakan ku sekalian...

RAE (radio amatuer examination) datang lagi...musim bukak buku lagi la nie...hehehe...
Sesiapa yg berminat, boleh menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 16/10/2009...
RAE akan diadakan pada 16/12/2009...pilih kawasan betul2 ye...takut jauh dari rumah pulak nanti...kepada otai2 tu dah boleh mula ajar rakan baru kite ni...jangan malas lak...mana2 rakan baru tu kalau berminat jangan malu jangan sombong nak tanye pada yang otai2 tu .....cuba check out info dari blog2 yang saya dah linkkan kat bawah tu....

1) Borang permohonan RAE

# selamat mentelaah ye....semoga impian kalian menjadi kenyataan....

Selasa, 15 September 2009

Jejak Fakir Miskin / Astra Melaka bersama ABIM

Assalamualaikum...ahad lalu 13 / 9 / 2009 Astra melaka bersama ABIM telah bekerjasama untuk menjayakan program JEJAK FAKIR bagi mengagihkan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan di sekitar Negeri Melaka.Terima kasih pada mereka yang membantu....program ini diuruskan oleh 9W2MFI dan 9W2CRO....rakan2 lain datang membantu mana yang patut je....