Isnin, 19 Oktober 2009

Open House ASTRA MELAKA & MERACC

30 Syawal 1430 Hijrah

Berakhirnya Syawal………

‘ Kita pose dah sebulan, raya pun kenela sebulan jugak…………….’

Korang selalu x dengar orang cakap mcm ni? ( comfirm korang selalu dengar sepanjang bulan Syawal ni ). Itula kita, setelah berpuasa dan berpenat lelah menahan lapar dan dahaga, inilah masanya untuk kita bersuka ria disamping saudara dan rakan.
Sedar atau tidak,hari ini kita sudah berada dalam pengakhiran Syawal.So minggu lepas semua umat Islam berebut-rebut nak buat open house ni.Hari semalam jer ada 4 buah rumah wat makan2….yang hanya kami sempat singgah 2 buah rumah jer…..kepada rakan2 yang x sempat kami pergi open house tu, kami minta maaf banyak2….. Pada 28 Syawal lalu, Astra Melaka turut mengadakan open house di salah sebuah kedai di bukit Katil……..dikalangan rakan HAM Melaka mengelarkannya Kedai Hijau.Jadi ramai la rakan HAM yang hadir dan tidak kurang juga rakan HAM dari luar Melaka turut memeriahkan suasana…….

Galeri Gambar :-




Mula - mula je sampai nie...kitorang x ikut konvoi Bukit Rambai sebab lagi dekat kalau ikut highway dari base station ke lokasi majlis....



cuba tengok saper yang datang tu...hehehe....ABW pakwahab kite....



pelbagai aksi dari para tetamu kite nie....ramai yang datang...rakan SWL pun ramai jugak....ada juga dari lokalan luar melaka...


Aktiviti malam tu?...........memang meriah.Dengan adanya Lucky Draw, ianya berjaya menambat hati tetamu agar tidak lekas pulang walaupun majlis berakhir lebih kurang 12 am.




Keluarga kami pula?......saya dan suami sibuk melayan karenah Qimie yang nakal pada majlis itu dan tidak disangka, sikecik tu dinobatkan sebagai “ Kanak-kanak Lelaki Comel Bawah 12 Tahun” Saya pula tidak sedar bila masa Dxn bawa Qimie kedepan para juri ( Pak Mus) bersama kanak-kanak lain yang turut serta. Sedar-sedar je Qimie dah meluru kearah saya membawa hadiah yang di menangi dan tidak sampai 5 minit si kecik tu dah buka hadiahnya…..........
Hmm,kelakar kalau nak diingatkan kembali ;-P
Apa-apa pun, Syawal kali ini kali ni memang meriah sebab anak kami dah pandai sebut ‘Camat Ayi Ayer’ pada setiap tetamu kami yang bertandang ke rumah……Bagi saya, segalanya sempurna apabila bersama suami dan anak.


Kini, Syawal mula mengakhiri dan Zulkaedah mula menanti…………….

POST BY 9W2WXN

Tiada ulasan: