Jumaat, 30 April 2010

Sila lawati Klinik Kesihatan Berdekatan anda untuk ambil Vaksin H1N1 percuma....cegah sebelum terkena...arini aku nak pergi bawak sekecik nie....biar dia menangis sekarang dari kite menangis kemudian...

Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1

NEGERI
KOORDINATOR PROGRAM
FASILITI KKM
Perlis
Dr Zulhizzam bin Hj Abdullah
Tel: 04-9766317 / 019-4001070

SN Kartini Abd Razak
Tel: 04-9778333
  • KK Kangar
Kedah
Dr Uma Salmah Abd Kadir
Tel: 04-7746137
  • KK Kuah 
  • KKIK Jitra
  • KKIK Bakar Bata, Kota Star
  • KKIK Bandar Sungai Petani
  • KKIK Kuala Nerang
  • KKIK Baling
  • KK Serdang
  • KK Pendang
  • KKIK Sik
  • KK Bandar Kulim
  • KK Guar Chempedak
Pulau Pinang
Dr Saraswathi Binarai
Tel: 04-2629902
  • KK Bayan Baru, Barat Daya
  • KK Bukit Panchor, Seberang Prai Selatan
  • KK Sungai Dua,  Seberang Prai Utara
  • KK Jalan Perak di Timur Laut
  • KK Seberang Jaya di SP Tengah
Perak
Dr Asiah bt Ayob
Tel: 05-2433962
  • KK Lawin, Hulu Perak
  • KK Padang Rengas
  • KK Sitiawan
  • KK Hutan Melintang
  • KK Parit
  • KK Jalan Damai, Tapah
  • KK Bagan Serai, Kerian
  • KK Buntong, Kinta
  • KK Taiping
Selangor
Dr Anita bt Sulaiman
Tel: 03-51237366/
03-51237368
  • KK Kajang
  • KK Pandamaran, Klang
  • KK Kelana Jaya
  • KK Seri Kembangan
  • KK Seksyen 7 Shah Alam
  • KK Taman Ehsan, Gombak
  • KK Kuala Selangor (Kuala Selangor)
  • KK Sungai Besar (Sabak Bernam)
  • KK Salak (Sepang)
  • KK Teluk Datok (Kuala Langat)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dr Mazliza bt Ramly
Tel: 03-26983757
  • KK Tanglin
  • KK Kg Pandan
  • KK Jinjang
  • KK Batu
  • KK Bandar Tun Razak
  • KK Cheras
  • KK Cheras Baru
  • KK Dato Keramat
  • KK Pantai
  • KK Petaling Bahagia
  • KK Setapak
  • KK Sungai Besi
  • KK Putrajaya
N. Sembilan
Dr Rotina bt Abu Bakar
Tel: 06-7641326/
06-7664927
  • KK Seremban, Jalan Rasah
  • KK Senawang
  • KK Kuala Pilah
  • KK Bahau
  • KK Rembau
  • KK Tampin
  • KK Port Dickson
  • KK Jelebu
Melaka
Dr Hashimah bt Hasan
Tel: 06-2848270
  • JPL Jasin
  • KK Masjid Tanah, Alor Gajah
  • KK Peringgit, Melaka Tengah
Johor
Dr Badrul Hisham bin Abdul Samad
Tel: 07-2218866
  • KPL Mahmoodiah, JB
  • Poliklinik Bandar Maharani, Muar
  • KK Batu Pahat
  • KK Mengkibol, Kluang
Pahang
Dr Mohd. Sapian bin Mohamed
Tel: 09-5165402/
09-5902351
  • KK  Beserah, Kuantan
  • KK Temerloh
  • KK Karak, Bentong
  • KK Dong, Raub
  • KK Peramu Jaya, Pekan
  • KK Bandar Jengka, Maran
  • KK Triang, Bera
  • KK Bandar Rompin, Rompin
  • KK Padang Tengku, Lipis
  • KK Jengka 8, Jerantut
  • JPL Hosp Cameron Highlands
Terengganu
Dr Balkis bt Abdul Karim
Tel: 09-6229775/
09-6229809
  • KK Hiliran, Kuala Terengganu
  • KK Kuala Besut, Besut
  • KK Dungun
  • KK Kuala Kemaman
  • KK Marang
  • KK Permaisuri
  • KK Kuala Berang
Kelantan
Dr Rohaida bt Ismail
Tel: 09-7482573
  • KKB Kota Bharu
  • KKB Bachok
  • KKB Kuala Krai
  • KK Wakaf Baru
  • Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
Sarawak
Dr Razitasham bt Safii
Tel: 082-243812
  • KK Jalan Masjid, Kuching
  • KK Kota Samarahan
  • KK Sri Aman
  • KK Sarikei
  • KK Jalan Lanang, Sibu
  • KK Bandar Miri
  • KK Bintulu
  • KK Kapit
  • KK Lawas
  • JPL Hospital Mukah
  • JPL Hospital Betong
Sabah
Dr Evelyn Sunggip
Tel: 088-236184
  • KK Luyang, Kota Kinabalu
  • KK Penampang
  • KK Sandakan
  • JPL Hospital Tawau
  • JPL Hospital Keningau
WP Labuan
Dr Zaini bin Husin
Tel: 087-428827/
087-411702
  • KK Labuan
















Rabu, 28 April 2010

Majlis Perpisahan NOQ di gerai No.2 Bukit Rambai

Assalamualaikum.....salam perpisahan untuk rakan kite nie....9w2NOQ bang azhar yang akan berpindah ke Alor Setar....urusan kerja....harap lepasni kite boleh keudara lagi ....orang yang best....hensem...tapi Yl xleh kacau sebab dia dah ada XYL,...hehhe.....jumpa dan jumpa lagi bang azhar....jgn lupakan kami Geng Budak Jahat Bukit Rambai V32.....

Kursus Teknikal Sukan Bermotor Peringkat Kebangsaan Zon Selatan

Assalamualaikum....nie satu lagi program yang kitorang dapat V32 Bukit Rambai....Kursus nak jadi marshall litar....heheheh....almaklumla....nak SUKMA ni banyak program kementerian sukan buat...kitorang join la....hehhe..tenaga pengajar salah sorang dia 9w2MU....bos MAM.....layannnnnnn.............

Konvoi RAE - lambat benau nak update.....

Assalamualaikum..lambat benar nak update blog nie...gambar nie pun curi dari FB Fnn...ehehe...fandi aku curi gambar kau tau...aku bawk motor x leh nak amik gambar....ni gambar kitorang geng v32 bukit  rambai konvoi ke RAE SACC....layannnnnnnnnnnnnn...................


heheh... ni aje yang dapat dicurik dari FB Fnn...TQ fendi sbb jadi kameraman ....apapun mmg best ...harap berjaya pada yang amik Exam kali nie....

Sabtu, 24 April 2010

Tikam belakang kawan....???


Sahabat adalah seorang yang sangat memahami kita . Boleh dikatakan sahabat adalah orang yang paling rapat pada kita . Tidak keterlaluan jika saya katakan ada yang lebih rapat pada sahabat ni daripada keluarga sendiri . Namun begitu apa yang akan berlaku jika kawan menjadi lawan ?

Pada saya manusia jenis ini adalah antara manusia yang paling keji . Sanggup mengorbankan rakan sendiri demi kepentingan peribadi .

Mungkin kebanyakan daripada kita yang pernah mengalami kes-kes seperti ini . Sebagai contoh sahabat yang anda percayai memburukkan anda. Bukankah ia satu yang menyakitkan ?

Pengalaman sendiri, pernah satu ketika aku dan sahabat, kami memang akrab . Sentiasa bersama , pakai baju ke kelas pun mesti sama . One day aku mula perasan aku telah kehilangan duit dalam jumlah yang banyak .Jadi setelah disiasat dan mendengar kenyataan saksi, rupa-rupanya perbuatan kawan karib sendiri.Sukar untuk digambarkan perasaan aku ketika itu.

Semenjak aku menceburkan diri dalam dunia radio amatuer ... sikap tikam belakang kawan juga wujud dan tidak terkecuali.Untuk mendapat nama dan kepentingan peribadi yang selesa, sanggup bermain 'kotor' dan tidak mempedulikan orang yang sepatutnya memperolehi hak tersebut.Sesungguhnya org mcm ni mencemarkan imej rakan HAM ....Ahhh !!!. Tepuk dada dan tanya selera.Bagi aku, tiada maaf bagimu.

Ada juga sahabat yang menimbulkan fitnah atau menuduh mahupun memecah rahsia kita pada orang ramai tanpa sebab . Sehingga sekarang aku sendiri tak faham kenapa sahabat jenis macam nie boleh wujud ?

Khamis, 22 April 2010

Alkisahnya di hari minggu......

18 April 2010

Hari minggu .... kami sekeluarga meluangkan masa untuk sikecik tu.Yela, hari biasa kami berdua QRL dengan tugasan di saltmine.Jadi kami decide untuk jalan2 sekitar Bandar Hilir....


Mula-mula sampai je Qimie dah terlelap....mama dia dukung pun dia wat dek je...berat sangat mata tu agaknya.....

Nenek, makcu and makngah Qimie pun ikut gak .....


Qimie ngan mama.
Akhirnya Qimie sedar dari tidur jugak.....itupun sebab nampak keter bomba lama tu ha.....

Lagi picture Qimie posing ngan mama.Layan...zasssssss


Peace.......tangga di bangunan Stadhuys.

Posing tepi tangga bilik pameran Cheng Ho.....

Ada lagi ni........Layan lagi......



Dataran Belanda Stadhuys yang terletak di seberang Sungai Melaka. ...





Alang-alang dah berada di sekitar Bandar Hilir, kami sekeluarga sempat gak menyinggah di warung 9w2KWT .....pekena cendol.Hehehehe...bestttt !!!
Tapi xde la amik gambar sebab masing2 dah kusyuk ngadap cendol......Tiba2...
" Papa...jom alek..imiey penat....nak alekk...."
Hehehehe...

Jumaat, 9 April 2010

Kasih Ibu, Sayang Ayah

DOTS happy family cartoon
Coretan ini tiada kena mengena dengan Hari Ibu yang baru disambut (bila ya Hari Ibu?). Saya tidak menyambut Hari Ibu, Hari Bapa, mahupun Hari Kekasih. Biarlah. Bagi saya, ia hanyalah satu hal yang sengaja dibesarkan dan diadakan untuk dimanipulasi sang Kapitalis. Dengan membesarkan hal ini, kita menjadi konsumer mereka dengan membeli hadiah, makanan dan bermacam perkara tak perlu untuk diberi kepada Ibu dan Ayah kita.
Tunggu, jangan emosi. Tidak pula saya menyalahkan sesiapa yang menyambutnya. Sambutlah jika mahu. Tapi saya merasakan bukanlah caranya menunjukkan kasih sayang pada Ibu dengan menyambut dan memberi hadiah pada Hari Ibu. Bagaimana pula dengan sebilangan kita yang Ibu mereka yang telah pun bersemadi aman di bawah sana?
Lantaran itu, jika ada yang mengatakan, “Buat apa sambut Hari Ibu, aku sayang Ibu aku tiap-tiap hari,” saya akan katakan, “Kasih ibu, kasih abadi, selagi hayat kita dikandung badan.”
Betul, mengasihi Ibu bukan sekadar Hari Ibu. Kita belum tahu, apakah hadiah yang diberi, makan yang dibelanja dan kata yang diucap sudah cukup membahagiakan hati Ibu kita. Apakah ia cukup membalas salah silap kita terhadapnya (tak mampu saya senaraikan, sebab apa yang disenaraikan adalah dari pengalaman sendiri yang banyak buat salah pada Ibu)
Dalam keluarga saya, tidak pernah ada budaya cium pipi dan dahi Ibu dan Ayah. Yang ada hanyalah sekadar salam dan cium tangannya, apabila pulang dari kejauhan dan Hari Raya. Sehinggalah, salah seorang sahabat saya yang mengetahui hal ini. Dia berkata, “Kenapa tidak cium pipi dan dahi atau peluk Ibu dan Ayah sekarang? Apakah perlu tunggu Ibu dan Ayah sejuk dan pucat terbaring kaku, baru nak cium dan peluk dengan berlinang air mata?”
ibuTerima kasih buat sahabat saya. Terus saja dari nasihat itu, saya menunggu saat balik kampung dan peluk dan cium pipi dan dahi Ibu dan Ayah saya. Terasa rangkulan balas yang sangat erat, penuh kasih dan disulami mata berkaca. Bagi saya, itulah saat yang paling bahagia. Saya tidak tahu apa perasaan Ibu dan Ayah saya. Namun saya merasa aura kasih yang ikhlas mengalir dari kedua Ibu dan Ayah saya. Walaupun saya pernah dan sentiasa memberi cenderamata atau ucapan, bagi saya ia tidak dapat menandingi kucupan di pipi dan dahi Ibu dan Ayah. Sampai sekarang, saya merasai kehangatan kasih yang sama tiap kali mencium Ibu dan Ayah.
Begitulah, terdapat banyak cara mengungkapkan kasih. Material atau ucapan belum pasti dapat menjadi orang tengahnya. Kasih kita pada Ibu dan Ayah terletak di saat kita menyampaikan kasih kita kepada mereka dengan sepenuh dan seikhlas hati walau dengan apa cara sekalipun. Bukan dengan mengikut apa yang orang buat. Kerana semua meraikan Hari Ibu, maka kita pun turut sama dengan cara orang meraikannya.
Kasih pada Ibu dan Ayah bergantung pada kesanggupan kita berkorban menyenangkannya ketika hadir dan mengenangnya ketika berjauhan. Ia mesti menjadi keutamaan melebihi yang lain. Bersikap hipokrit dan ‘double standard’ kepada Ibu dan Ayah sendiri akan merugikan. Kerana hanya jalinan emosi yang ikhlas yang akan membolehkan kita merasa aliran kasih sayang Ibu dan Ayah.
Jadi, amat malang andai Ibu dan Ayah dikesampingkan dari orang lain. Ibu dan Ayah memberi duit dengan kasih, namun kasih itu digadai dengan top-up untuk telefon kekasih (baca: awek) berjam-jam setiap hari. Sedangkan Ibu dan Ayah langsung tidak dilayan begitu, malah tidak berhubung pun dalam seminggu. Hinggakan Ibu & Ayah pula yang menelefon si anak. Maka, jawablah si anak dengan nada mahu tak mahu. Maka, bagaimana mendapat berkat kasih sayang dari Ibu dan Ayah.
Itu cuma satu kisah. Masih banyak cerita yang telah, sedang dan akan berlaku yang boleh didramakan. Pokoknya, ia bergantung pada kita sendiri. Tanyalah hati, “Bagaimana telah ku layan Ibu dan Ayahku di depannya dan di belakangnya?”
Kasih pada Ibu dan Ayah juga bukan sekadar setiap hari dalam hidupnya. Kasih pada Ibu dan Ayah seharusnya kasih abadi, yang dijelmakan walaupun mereka telah tiada selagi kita masih bernafas. Namun, apakah kita menunggu jasad mereka terbujur kaku baru hendak kita mengucap kasih, maaf, berlaku baik, menyesal kesalahan dan berdoa?
“Wahai TUHAN kami, kasihinilah mereka berdua (Ibu dan Ayah) sebagaimana mereka telah mengasihi kami sewaktu kecil” (Al-Isra’ : 24)

http://abulharith.wordpress.com/2009/05/13/kasih-ibu-sayang-ayah/

Ahad, 4 April 2010

9M ATAU NINE MIKE - 9W ATAU NINE WISKEY????

9M atau Nine Mike - 9W atau Nine Wiskey


http://advanced-skynet.blogspot.com/2010/04/9m-atau-nine-mike-9w-atau-nine-wiskey.html

Baru-baru ini saya terdengar perkara ini dibahaskan....
ada pula seseorang di tegur kerana tidak menggunakan callsign dengan betul...
perkara ini telah berlaku seingat penulis pada tahun 2003 penulis sendiri pernah di tegur oleh seorang 9Ws berkaitan perkara ini pada tahun 2003. Penulis terpanggil untuk memberi sedikit penerangan berkaitan perkara ini. Mungkin ada setengah antara kita menyifatkan perkara ini remeh temeh. Akan tetapi perkara yang sekecil ini kita tidak mamahami bagaimana kita melangkah kepada yang besar-besar.
Diawal tahun 80han... 90han perkara ini tidak pernah dibahaskan....mengapa?
Kerana apa yang penulis tahu mungkin pada masa lalu
Ham di negara kita tidak ramai dan mereka semua sibuk berqso di DX band dan
kebanyakan ham di Malaysia hanya berqso sesama mereka di 40M band dari utara
hinggalah ke selatan dan mereka pula kebanyakan nya berbincang mengenai teknikal
berkaitan Ham Radio boleh dikatakan kebanyakan dari mereka berilmu pengetahuan.
Dan minda mereka amat luas kerana banyak pendedahan berqso di HF.
Penulis tidak lah disini berniat untuk memperagungkan HF atau memperkecilkan penggunaan 2 meter apa yang hendak dijelaskan disini ialah kenapa perkara ini ujud pada hari ini dan bagaimana memperbaikinya. Perlu ada penjelasan.......
Cuba kita lihat sendiri CMA 1998 (Communication Multimedia Act 1998) Peraturan dan juga Guidelines for Amateur Radio In Malaysia First Edition 1/10/2004. Apa kah perbezaan Regulation dan Guide Lines atau dalam bahasa melayu membawa maksud Garis Panduan, maaf saya bukan pandai sangat berbahasa namun saya cuba terangkan di dalam bahasa yang agak ringkas dan mudah di fahami. Menurut kata beberapa orang Ham yang baru beberapa tahun memiliki AA mereka berkata didalam garis panduan mengatakan Callsign harus disebut dengan menggunakan full Pheonetic dan tidak boleh menyebut selain dari phonetic. Memang benar jika kita buka Guidelines For Amateur Radio In Malaysia berkenaan ada menyebut perkara ini di mukasurat 20....."Callsign should be spelled phonetically..."
Sekarang mari kita buka buku ARRL Handbook, RSGB Hand Book, Tidak ada tersebut di mana-mana yang mengatakan kita harus menggunakan Phonetic untuk menyebut callsign contohnya utnuk huruf A kita kene sebut Alpha akan tetapi di HF kebanyakannya menggunakan America, Atlantic dan sebagainya sementara untuk huruf "O " Oscar pula disebut Ontario ini kerana ada setengah bangsa didunia ini mereka amat sukar menyebut Oscar . Perkataan Ontario diterima pakai oleh rata-rata operator radio amatur diseluruh dunia. Sila monitor di HF atau tanyalah pada mereka-mereka yang telah berpengelaman di HF.
Menurut sebuah buku Amateur Radio Operating Manual terbitan RSGB menyatakan ...."Plain language should be used where possible...." Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan ini kenapa perlu kita sebut saya akan ke Papa Juliet dan selepas itu saya akan ke Kilo Lima Charlie Charlie kalau di KL Papa Juliet jadi dua makna sama ada Putra Jaya atau Petaling Jaya.......dan ini mengelirukan pendengar. Sebut saje perkataan yang mudah di fahami. Kenapa di sebut Kilo Lima sebut ajelah KL sebab ianya kan lebih mudah dan ringkas.
Mari kita lihat apa lagi yang tercatat dalam buku berkenaan...."Although the recomended alphabet was selected to avoid ambiguity, it can happen in very poor condition that, for example. 'Oscar sounds like Alpha' In this case, the use of alternative like 'Ontario' might be solution..."
Mungkin ada yang mengatakan ini Malaysia kita ada undang-undang tersendiri dan garis panduan sendiri memang benar akan tetapi Amateur Radio ini Global. Katakanlah anda baru mendapat AA kelas A anda terus ke freq. 14.250Mhz di HF kebetulan mamat ini dari Germany anda menegur beliau dengan mengatakan anda tidak boleh gunakan perkataan Ontario untuk huruf O....anda perlu menyebut Oscar mungkin mereka akan tertawakan kita jika kita bersifat demikian. Kita perlu rasional dalam perkara ini.

Mari kita lihat suatu perkara kalau anda pergi ke utara tanah air bukan melalui lebuh raya tetapi melalui jalan persekutuan anda akan terjumpa dengan sebuah tempat di panggil Simpang Ampat...mana ada perkataan melayu menyebut Ampat satu lagi pula mana ada perkataan melayu di sebut Ampang setahu saya Empangan kemungkinan besar semasa penjajahan Inggeris dahulu mereka tidak tahu menyebut Empangan akan tetapi cara sebutannya berbunyi Emmpang maka sampai sekarang ini nama tempat tersebut adalah Ampang. Nah sekarang ini perkataan itu diterima pakai oleh semua pihak.....
Kita harus melihat dari pandangan yang luas dan kita harus membuat banyak rujukan dan perbandingan satelah memahaminya barulah kita boleh menjelaskannya dengan baik. Dan kita pula perlu berhati-hati dalam memberi teguran, penulis tidak mengatakan ianya salah namun cuba kita fahami apa yang dimaksudkan dengan Garis Panduan, Akta dan Peraturan?

Kita ambil satu contoh 9M2ANO hanya menyebut dirinya 9M2ANO dan station yang satu lagi memahami callsign yang disebut adalah 9M2ANO. Beliau tidak menggunakan Nine Mike Two Alpha November Oscar. Cuba kita lihat dari segi perundangan adakah ianya menyalahi undang-undang jika sekiranya ianya tidak menggunakan phenotic bolehkah pihak berkuasa mendakwa operator berkenaan di mahkamah? Apakah pihak pendakwa boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan berpandukan Garis Panduan? Saperti yang penulis sebutkan tadi kita harus memahami apa yang dimaksudkan dengan Akta, Peraturan dan Garis Panduan.
Garis panduan yang ada telah dikeluarkan pada 1hb Oktober 2004 dan tidak dikemaskini sehingga ke hari ini. Pada pendapat penulis ada beberapa perkara harus diperbetulkan dan ada beberapa perkara harus dimasukan, Garis Panduan ini harus di "Fine Tune"
Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan mengemas kini semua ini? Agaknya siapa ya? Adakah pihak berwajib.....jika pihak berwajib tidak mengambil langkah ini. Mungkin ada yang mengatakan persatuan.....jika persatuan.....persatuan yang ada pada hari ini banyak yang mana satu? Persatuan manakah yang layak melakukan kerje-kerja ini? Banyak tanda tanya disini apa-apa pun penulis berharap pihak-pihak tertentu perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk kesejahteraan warga Radio Amatur di negara ini. 

....harap ianya dapat membantu kawan2 semua....

Fakta ni saya ambil dari blog Pak Aziz kite (9m2Au) ...TQ Pak Aziz...

Sabtu, 3 April 2010

perginya x kembali .... DIN BERAMBOI .....


Ni adalah nama sebenar beliau....Mior Ahmad Fuad Mior Badri...yang hidup pasti akan mati....lepas ni xde lagi dengar celoteh pagi yang buatkan orang gelak ketawa di ERA tu....


Al Fatehah untuk roh beliau.....